Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tok Mat mohon semua pihak akur agihan kerusi pilihan raya negeri

Jul 04, 2023 | 06:41 PM



BAYAN LEPAS: Keputusan mengenai pengagihan kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) dijangka diumumkan Majlis Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.


Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata semua pihak harus akur dan memperakui kata putus yang bakal dicapai, seterusnya memastikan kemenangan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) pada PRN kelak.

“Apabila Majlis Presiden membuat keputusan, saya harap supaya semua pihak pada peringkat negeri akur.

“Kalau tidak (akur), tidak akan ada kesudahannya, nanti susah... nanti akan ada perasaan tidak puas hati.

“Akhirnya nanti kita tak dapat mengurus pilihan raya dengan baik (kerana) yang penting kita nak menang,” katanya ketika ditemui pemberita dalam satu pertemuan tertutup bersama kepimpinan empat peringkat bahagian Umno Pulau Pinang, pada Isnin.

Datuk Mohamad, yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tok Mat’, ketika diminta mengulas jumlah kerusi yang dijangka diperoleh BN di Pulau Pinang, berkata bahawa ia belum diputuskan.

“Selepas pembahagian kerusi selesai dilakukan, tiada lagi rundingan berhubung soal itu,” katanya, dipetik oleh Harian Metro.


Terdahulu Datuk Mohamad berkata, persiapan menghadapi PRN berjalan lancar dan beliau berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN dan Umno yang telah dilakukan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas mengenai gelombang PN, beliau menegaskan jentera parti itu perlu memperkasakan diri, seterusnya menyusun gerak kerja dengan baik dalam berdepan PRN akan datang.

“Saya tidak nampak apa-apa gelombang... cuma perlu perkasakan diri.

“Jika (atur) gerak kerja yang baik, gelombang macam mana pun kita akan dapat pastikan menjadi benteng,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >