Trump ancam tarif ke atas negara bekal minyak kepada Cuba

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump ancam tarif ke atas negara bekal minyak kepada Cuba

Jan 30, 2026 | 3:06 PM

Trump ancam tarif ke atas negara bekal minyak kepada Cuba

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Donald Trump, ancam tarif baru ke atas negara yang bekalkan minyak kepada Cuba, kempen tekanan, berita dunia
Sebuah trak tangki mengangkut bahan api di pinggir Havana, Cuba, pada 12 Januari 2026. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, pada 29 Januari mengancam tarif baru ke atas negara yang membekalkan minyak kepada Cuba, sekali gus meningkatkan kempen tekanan terhadap pulau yang ditadbir pihak komunis itu.

Langkah itu, yang dibenarkan oleh perintah eksekutif di bawah satu deklarasi darurat negara, tidak menyatakan sebarang kadar tarif atau menyatakan mana-mana negara yang produknya boleh menghadapi tarif Amerika itu.

Didorong oleh penahanan tentera Amerika terhadap Presiden Venezuela yang digulingkan, Encik Nicolas Maduro, dalam satu serbuan awal Januari, Encik Trump berulang kali bercakap tentang hasratnya untuk bertindak terhadap Cuba dan memberi tekanan kepada kepimpinan negara itu.

Encik Trump berkata minggu ini bahawa “Cuba akan gagal tidak lama lagi,” sambil menambah bahawa Venezuela, yang pernah menjadi pembekal minyak utama pulau itu, baru-baru ini tidak lagi menghantar minyak atau wang ke Cuba.

Beliau telah menggunakan ancaman tarif sebagai alat dasar luar sepanjang penggal keduanya memegang jawatan Presiden.

Pemerintah Cuba berkata bahawa Washington tidak mempunyai kuasa moral untuk memaksa perjanjian ke atas Cuba, selepas Encik Trump mencadangkan pulau yang ditadbir oleh komunis itu harus mencapai persetujuan dengan Amerika.

Pada Jun 2025, Encik Trump telah melaksanakan sekatan perjalanan separa ke atas warga dari Cuba disebabkan dakwaan Amerika tentang peranan Cuba sebagai penaja pengganasan.

Ini di samping kegagalannya untuk bekerjasama atau berkongsi maklumat penguatkuasaan undang-undang yang mencukupi dengan Amerika, penolakan untuk menerima kembali warganya yang dihantar pulang, serta bilangan warganegaranya yang tinggal lebih lama daripada tempoh yang dibenarkan.

Pada Jun 2025, Encik Trump telah menandatangani Memorandum Presiden Keselamatan Negara (NSPM) untuk memperkukuh dasar Amerika terhadap Cuba.

Ini bukan kali pertama beliau mengambil pendirian tegas terhadap rejim Cuba.

Sebelum ini, Encik Trump telah mengarahkan serangan ke atas prasarana nuklear Iran dan membenarkan operasi untuk menyingkirkan Presiden Nicolas Maduro dari Venezuela, dengan menjelaskan bahawa diktator dan penaja pengganasan negara akan dipertanggungjawabkan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg