Trump: Anggota Lembaga Keamanan janji lebih AS$5b bina semula Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump: Anggota Lembaga Keamanan janji lebih AS$5b bina semula Gaza

Pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam mesyuarat pertama kumpulan itu pada 19 Feb di Washington
Feb 16, 2026 | 8:42 AM

Trump: Anggota Lembaga Keamanan janji lebih AS$5b bina semula Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pasukan pertahanan awam Palestin berusaha mengeluarkan jenazah 67 anggota keluarga Abu Nasr dari bawah runtuhan rumah mereka selepas ia musnah akibat serangan udara Israel di Beit Lahia, utara Bandar Gaza, pada 15 Februari 2026.
Pasukan pertahanan awam Palestin berusaha mengeluarkan jenazah 67 anggota keluarga Abu Nasr dari bawah runtuhan rumah mereka selepas ia musnah akibat serangan udara Israel di Beit Lahia, utara Bandar Gaza, pada 15 Februari 2026. - Foto EPA

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata negara anggota Lembaga Keamanan berjanji menyumbang lebih AS$5 bilion ($6.31 bilion) bagi pembinaan semula dan bantuan kemanusiaan di Gaza.

Ia merupakan langkah yang disifatkan sebagai komponen utama pelan menamatkan perang antara Israel dengan Hamas.

Pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam mesyuarat pertama kumpulan itu pada 19 Februari, di Institut Keamanan Donald J Trump di Washington.

Dalam hantaran di Truth Social pada 15 Februari, Encik Trump menulis bahawa selain sumbangan kewangan, negara anggota turut berjanji menghantar ribuan anggota keselamatan ke wilayah Palestin itu.

“Negara-negara anggota komited menghantar ribuan anggota kepada Pasukan Penstabilan Antarabangsa dan polis tempatan untuk mengekalkan keselamatan dan keamanan bagi rakyat Gaza,” katanya.

Lebih 20 negara termasuk beberapa ketua negara dijangka menghadiri pertemuan tersebut.

Antara negara yang menyertai lembaga itu ialah Turkey, Mesir, Arab Saudi, Qatar dan Israel serta beberapa negara sedang membangun seperti Indonesia.

Namun beberapa kuasa Barat tradisional sekutu Washington mengambil pendekatan lebih berhati-hati. Perancis, Italy, New Zealand, Norway dan Croatia dilaporkan menolak penyertaan.

Keahlian tetap memerlukan bayaran AS$1 bilion, sekali gus mencetuskan kritikan lembaga itu berisiko menjadi sistem “bayar untuk pengaruh” yang menyerupai peranan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan media Israel, Amerika merancang mengumumkan sumbangan sekitar AS$1.25 bilion setiap satu daripada Amiriah Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait, manakala Washington dijangka memberi jumlah hampir sama.

Encik Tump melancarkan Lembaga Keamanan semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos pada Januari sebagai sebahagian pelan menamatkan perang Gaza.

Penubuhan badan itu kemudian disokong resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Beliau menegaskan peranan lembaga bukan sekadar bantuan kewangan, malah turut melibatkan penyusunan keselamatan pasca perang.

“Yang sangat penting, Hamas mesti mematuhi komitmen pelucutan senjata sepenuhnya dan serta-merta,” katanya.

Di bawah pelan gencatan senjata yang dimeterai pada Oktober, fasa kedua memperuntukkan pengunduran berperingkat tentera Israel dari Gaza dan pelucutan senjata Hamas, manakala pasukan penstabilan antarabangsa akan ditempatkan bagi menjamin keselamatan.

Namun Hamas berulang kali menyatakan pelucutan senjata sebagai “garis merah”, walaupun pernah memberi bayangan ia boleh menyerahkan senjata kepada pihak pentadbiran Palestin masa depan.

Kedua-dua pihak masih saling menuduh melanggar gencatan senjata hampir setiap hari.

Walaupun pada awalnya bertujuan mengurus pembinaan semula Gaza, piagam lembaga itu tidak mengehadkan peranan hanya kepada wilayah Palestin.

“Lembaga Keamanan mempunyai potensi tanpa had,” kata Encik Trump.

Beliau menambah, badan itu akan bekerjasama dengan PBB.

“Lembaga Keamanan akan terbukti menjadi badan antarabangsa paling penting dalam sejarah,” katanya.

Permintaan bayaran AS$1 bilion bagi keahlian tetap dan jemputan kepada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, turut mengundang kritikan, memandangkan Moscow menceroboh Ukraine pada 2022.

Sekutu utama Amerika termasuk Perancis dan Britain menyuarakan keraguan terhadap struktur serta tujuan sebenar lembaga tersebut.

Pelan damai turut merangkumi penubuhan jawatankuasa teknokrat Palestin yang akan mengambil alih pentadbiran Gaza selepas konflik.

Encik Trump berkata pengumuman sumbangan AS$5 bilion dan komitmen keselamatan itu diharap membuka laluan kepada kestabilan jangka panjang.

“Langkah itu penting bagi memastikan keamanan berkekalan bagi rakyat Gaza,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg