Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump: AS, Iran setuju teruskan rundingan tetapi gencatan senjata berakhir
Trump: AS, Iran setuju teruskan rundingan tetapi gencatan senjata berakhir
Trump: AS, Iran setuju teruskan rundingan tetapi gencatan senjata berakhir
KAHIRAH/WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata pada 10 Julai bahawa Amerika Syarikat dan Iran telah bersetuju untuk meneruskan rundingan meskipun terdapat peningkatan permusuhan baru-baru ini.
Tetapi beliau dengan tegas mengisytiharkan bahawa gencatan senjata yang dicapai antara kedua-dua pihak pada Jun telah berakhir.
Amerika juga meningkatkan tuntutan agar Iran menghentikan serangan ke atas kapal-kapal di Selat Hormuz yang menyaksikan permusuhan baru-baru ini telah mendorong harga minyak naik lebih tinggi - isu sensitif politik bagi Encik Trump menjelang pilihan raya kongres pada November.
Komen beliau itu dibuat pada hari yang agak tenang pada akhir minggu konflik yang diperbaharui, apabila tiga kapal tangki komersial Qatar dan Arab Saudi diserang, mendorong Amerika menyerang Iran.
Iran pula bertindak balas dengan serangan ke atas markas tentera Amerika di negara-negara Teluk.
Tiada serangan baharu dilaporkan pada 10 Julai ketika pengantara serantau berusaha menyelamatkan usaha diplomatik untuk menamatkan perang yang bermula pada 28 Februari dengan serangan Amerika-Israel ke atas Iran.
“Iran telah meminta kami untuk meneruskan ‘rundingan. Kami telah bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi Amerika telah menyatakan kepada mereka dengan tegas bahawa gencatan senjata telah TAMAT!” tulis Trump dalam satu catatan di Truth Social.
Bagimanapun, Iran mempertikaikan tafsiran Encik Trump, dengan menyatakan bahawa ia tidak meminta rundingan dengan Amerika, tetapi telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah kepada pengantara Qatar di Teheran, lapor televisyen pemerintah Iran, memetik jurucakap Kementerian Luar Iran sebagai menyatakan demikian.
Perunding Qatar telah bertemu pegawai di Iran pada 10 Julai untuk meredakan ketegangan dan membincangkan pelayaran melalui Selat Hormuz, kata satu sumber.
Menteri Luar Iran, Encik Abbas Araqchi, akan melawat Oman untuk membincangkan pengaturan laluan selamat untuk kapal-kapal melalui Selat Hormuz, lapor agensi beriata Isna, memetik jurucakap kementerian luar.
Amerika menuntut agar Iran menyatakan secara terbuka bahawa ia akan menghentikan serangan ke atas kapal-kapal di Selat Hormuz dan semua laluan akan dibuka untuk perkapalan tanpa tol, kata seorang pegawai kanan Amerika.
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 115 yang lain cedera dalam serangan Amerika ke atas enam bandar di Iran pada 8 dan 9 Julai, kata ketua pusat perhubungan awam dan maklumat di Kementerian Kesihatan Iran.
Walaupun begitu, pegawai Amerika berkata perbincangan antara kedua-dua negara semain produktif sejak kebelakangan ini.
“Apa yang kami tuntut ialah Iran mengeluarkan kenyataan awam yang mengakui semua saluran Selat Hormuz akan dibuka dan mereka tidak lagi menembak kapal,” kata seorang pegawai.
Teheran pula berikrar bahawa sebarang pelanggaran oleh Washington akan disambut dengan “tindakan timbal balik,” kata jurucakap kementerian luar, menurut media pemerintah. - Reuters
