Trump beri Iran 15 hari capai perjanjian atau hadapi tindakan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump beri Iran 15 hari capai perjanjian atau hadapi tindakan

Feb 20, 2026 | 9:14 AM

Trump beri Iran 15 hari capai perjanjian atau hadapi tindakan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Wanita Iran berjalan melintasi papan iklan anti Amerika Syarikat di Teheran, Iran, 19 Februari 2026.
Wanita Iran berjalan melintasi papan iklan anti Amerika Syarikat di Teheran, Iran, 19 Februari 2026. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi tempoh kira kira dua minggu kepada Iran untuk mencapai perjanjian berkaitan program nuklearnya, sambil memberi amaran tindakan ketenteraan boleh dipertimbangkan jika rundingan gagal.

Bercakap kepada wartawan di pesawat Air Force One dan pada mesyuarat pertama inisiatif Lembaga Keamanan di Washington, Encik Trump berkata dunia akan mengetahui keputusan itu “dalam tempoh 10 hari akan datang”.

“Kita sama ada mendapat perjanjian, atau ia akan menjadi sesuatu yang malang bagi mereka,” katanya.
“Saya fikir 10 hingga 15 hari sudah mencukupi. Jika tiada perjanjian bermakna perkara buruk boleh berlaku.”

Utusan khas Amerika Syarikat Encik Steve Witkoff bersama Encik Jared Kushner, menantu Trump, mengadakan pertemuan tidak langsung di Geneva dengan diplomat tertinggi Iran pada 17 Februari lalu. Menurut pihak Iran, rundingan menunjukkan kemajuan.

Encik Trump mengakui rundingan dengan Teheran sejak dahulu sukar. “Bukan mudah untuk mendapatkan perjanjian bermakna dengan Iran. Tetapi kita mesti dapatkannya, jika tidak kesannya buruk,” katanya.

Terdahulu jurucakap Rumah Putih Cik Karoline Leavitt turut menggesa Teheran menerima perjanjian.
“Iran akan menjadi sangat bijak jika memilih penyelesaian diplomatik,” katanya sambil menambah Washington masih mengutamakan rundingan.

Walaupun rundingan berlangsung, Washington dalam beberapa minggu kebelakangan ini meningkatkan kehadiran tenteranya di Asia Barat termasuk penempatan kapal induk USS Abraham Lincoln.

Sumber keselamatan memaklumkan tentera Amerika Syarikat bersedia melancarkan serangan seawal hujung minggu, namun Encik Trump belum membuat keputusan muktamad. Presiden itu dilaporkan meminta pandangan penasihat dan sekutu sebelum menentukan langkah seterusnya.

Pada 2025, Amerika Syarikat melancarkan serangan peluru berpandu dan udara ke atas tiga kemudahan nuklear Iran. Kini, Rumah Putih dilaporkan sedang mempertimbangkan pilihan serangan baharu.

Pada masa sama, Setiausaha Negara Encik Marco Rubio dijangka bertemu Perdana Menteri Israel Encik Benjamin Netanyahu pada 28 Februari. Encik Netanyahu sejak sekian lama menyokong pendekatan tegas terhadap Teheran.

Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran balas terhadap kehadiran tentera Amerika di rantau itu. “Presiden Amerika sentiasa berkata kapal perang dihantar ke arah Iran. Kapal perang memang berbahaya,” tulisnya di media sosial. “Namun lebih berbahaya ialah senjata yang boleh menghantar kapal itu ke dasar laut.”

Imej satelit turut menunjukkan Iran memperkukuh kemudahan tenteranya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan konflik.

Ancaman tindakan ketenteraan turut mencetuskan perdebatan di Washington. Ahli Kongres daripada Demokrat dan Republikan menyatakan serangan ke atas Iran perlu mendapat kelulusan Kongres di bawah Akta Kuasa Perang 1973.

Ahli Demokrat Encik Ro Khanna memberi amaran: “Perang dengan Iran akan menjadi bencana. Negara itu mempunyai 90 juta penduduk dan keupayaan pertahanan udara yang besar.” Beliau menambah ribuan tentera Amerika di rantau berisiko menjadi sasaran serangan balas.

Ahli Republikan Encik Thomas Massie pula berkata beliau akan cuba memaksa undian Kongres minggu depan bagi menyekat tindakan unilateral presiden. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg