Trump: Cuba dalam agenda, selepas Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump: Cuba dalam agenda, selepas Iran

Mar 7, 2026 | 11:05 AM

Trump: Cuba dalam agenda, selepas Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Penduduk mengutip sampah di sebatang jalan raya di Havana pada 5 Mac, ketika sekatan tenaga Amerika Syarikat ke atas Cuba diteruskan sejak Januari.
Penduduk mengutip sampah di sebatang jalan raya di Havana pada 5 Mac, ketika sekatan tenaga Amerika Syarikat ke atas Cuba diteruskan sejak Januari. - Foto EPA

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump berkata Cuba adalah agenda seterusnya selepas Iran, meramalkan bahawa pulau yang ditadbir oleh komunis itu, yang lumpuh akibat sekatan tenaga Amerika, “akan jatuh tidak lama lagi”.

“Mereka amat ingin mencapai perjanjian,” kata Encik Trump kepada CNN dalam temu bual telefon pada 6 Mac, sehari selepas mencadangkan bahawa beliau akan beralih kepada projek yang tidak dinyatakan bagi Cuba selepas perang menentang Iran.

“Kami benar-benar fokus pada projek ini sekarang. Kami mempunyai banyak masa, tetapi Cuba sudah bersedia – selepas 50 tahun,” tambahnya sambil menjelaskan bahawa Setiausaha Negara Encik Marco Rubio akan menjadi orang pentingnya di Cuba.

“Beliau sedang melakukan beberapa kerja, dan yang seterusnya ialah, kami mahu melakukan sesuatu yang istimew bagi Cuba,” kata Encik Trump.

Kedua-dua Encik Trump dan Encik Rubio – anak pendatang Cuba – tidak merahsiakan hasrat mereka untuk membawa perubahan rejim di Havana susulan penggulingan bekas pemimpin Venezuela Encik Nicolas Maduro.

Penyelaras hal ehwal Cuba di Jabatan Negara Amerika, Encik Rob Allison, baru-baru ini bertemu di Havana dengan wakil kanan Gereja Katolik, kata Kedutaan Amerika di Havana pada 6 Mac di X, tanpa menyatakan bila pertemuan itu berlangsung.

Mereka membincangkan bantuan kemanusiaan yang dihantar oleh Washington ke pulau itu “dan keperluan untuk perubahan bagi memperbaiki keadaan di Cuba”, tambah kedutaan itu.

Encik Trump berulang kali menyatakan bahawa beliau percaya rejim Cuba sudah bersedia untuk runtuh.

Dalam percubaan yang jelas untuk mempercepatkan kejatuhannya, beliau mengenakan sekatan tenaga ke atas negara Caribbean itu.

Cuba telah tidak menerima sebarang penghantaran minyak sejak 9 Januari, memaksa syarikat penerbangan untuk mengurangkan atau menggantung penerbangan ke pulau itu dan memburukkan lagi krisis ekonomi yang berlarutan.

Havana menuduh Encik Trump cuba memberi tekanan ke atas ekonomi Cuba.

Pulau itu, di bawah sekatan dagangan Amerika sejak 1962, selama bertahun lamanya, telah terperangkap dalam krisis teruk yang diburukkan dengan pemotongan bekalan elektrik yang berpanjangan dan kekurangan bahan api, ubat-ubatan serta makanan. – AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg