Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump diarah bayar AS$83.3j kepada penulis kerana fitnah

Jan 27, 2024 | 09:15 AM



NEW YORK: Juri di Manhattan telah mengarahkan mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, agar membayar AS$83.3 juta ($111 juta) kepada penulis E. Jean Carroll kerana memfitnahnya dalam catatan media sosial, persidangan media dan juga kempen pilihan raya sejak kali pertama wanita itu menuduh Encik Trump pada 2019, merogolnya dalam bilik persalinan sebuah gedung berdekad sebelum itu.


Bayaran itu termasuk AS$65 juta dalam bentuk ganti rugi punitif, yang dinilai juri sembilan anggota itu selepas mendapati Encik Trump, 77 tahun, telah bertindak secara berniat jahat selepas peguam Cik Carroll menunjuk kepada serangan bertubi-tubi Encik Trump terhadap wanita itu, semasa dan selepas mantan Presiden itu meninggalkan Rumah Putih.

Malah baru-baru ini, dalam sehari sahaja, Encik Trump dikatakan membuat lebih 40 catatan dalam laman Truth Social miliknya, yang mempersendakan Cik Carroll.

Cik Carroll, 80 tahun, memberi keterangan bahawa ejekan dan kritikan berulang Encik Trump itu telah menggesa ramai penyokong mantan Presiden itu untuk menyerang wanita tersebut secara dalam media sosial dan e-mel beliau.

Ini membuat wanita itu berasa takut selain merosakkan reputasinya sebagai penulis ruangan yang disegani bagi majalah Elle.


“Saya diserang dalam Twitter. Saya diserang dalam Facebook. Saya hidup seperti dalam alam baru,” kata Cik Carroll.

Keputusan itu dikeluarkan menyusuli beberapa siri kes sivil dan jenayah yang dihadapi Encik Trump dan usahanya untuk kembali ke Rumah Putih.

Semasa perbicaraan, Encik Trump terus berulang-alik berkempen di New Hampshire di mana beliau menang bagi pencalonan Presiden untuk parti Republikan selain tampil di mahkamah.

Beliau gunakan kesempatan itu untuk memancing undian dan mengadu bahawa beliau dilayan secara buruk.

Beliau tampil di mahkamah dalam kebanyakan hari perbicaraan berlangsung.

Ini merupakan kali kedua Encik Trump telah diarah membayar ganti rugi kepada Cik Carroll dalam tempoh kurang setahun.

Pada Mei, satu juri Manhattan berlainan mengarahkan Encik Trump membayar Cik Carroll AS$5 juta selepas mendapati mantan Presiden itu melakukan penderaan seksual terhadap wanita itu dalam sebuah bilik persalinan pada pertengahan 1990-an.

Encik Trump juga dikatakan memfitnah wanita itu dalam satu catatan pada laman Truth Social beliau pada Oktober 2022, di mana beliau menganggap dakwaan wanita itu sebagai “kerja penipuan yang menyeluruh” serta “satu berita angin dan pembohongan”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >