Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump diramal menang di New Hampshire untuk pencalonan Presiden

Jan 24, 2024 | 01:31 PM



MANCHESTER (New Hampshire): Encik Donald Trump dijangka memenangi calon pilihan raya utama presiden Republikan bagi New Hampshire, menurut Edison Research.


Kemenangan itu akan menguatkan lagi penguasaannya ke atas parti itu sebagai pemimpin untuk kembali bersaing dalam pilihan raya presiden pada November 2024, menentang Presiden parti Demokrat, Encik Joe Biden.

Dengan 57 peratus daripada jangkaan undian dikira, menurut Edison, Encik Trump selesa mendapat 54.4 peratus undi berbanding 43.6 peratus undi yang diperoleh satu-satunya pencabar yang tinggal, iaitu mantan duta ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Cik Nikki Haley.

Berucap di satu acara partinya di Nashua, Encik Trump persendakan Cik Haley dengan memanggilnya “penipu” dan berkata: “Dia berucap seperti sudah menang, pada hal dia tidak menang. Dia kalah.”

Encik Trump akan menjadi calon Republikan pertama yang menyapu bersih undi kompetitif di kedua-dua Iowa dan New Hampshire sejak 1976.

Walaupun angka muktamad masih belum jelas, keputusan itu mungkin mencetuskan desakan agar Cik Haley menarik diri.

Semasa berkempen, Cik Haley berikrar melalui sepucuk nota pada 23 Januari untuk terus bersaing sehingga ‘Super Tuesday’ pada awal Mac apabila anggota Republikan di 15 negeri dan satu wilayah, mengundi pada hari yang sama.

Pemilihan seterusnya dijadualkan pada 24 Februari di Carolina Selatan, tempat Cik Haley dilahirkan dan berkhidmat dua penggal sebagai gabenor.

Di sebalik hubungan baik Cik Haley dalam parti Republikan, Encik Trump telah mendapat sokongan daripada kebanyakan tokoh Republikan negeri itu dan tinjauan pendapat menunjukkan beliau mempunyai kelebihan yang besar.

Cik Haley menduduki tempat ketiga di Iowa, di belakang Gabenor Florida, Encik Ron DeSantis.

Beliau lebih fokus dalam berkempen di New Hampshire, di mana pengundi yang lebih sederhana dijangka menawarkan peluang terbaiknya untuk memenangi sebuah negeri bagi mengatasi Encik Trump.

New Hampshire adalah pertandingan pertama yang menampilkan pertarungan satu lawan satu antara Encik Trump dan Cik Haley, selepas Encik DeSantis berundur pada 21 Januari dan menyokong Encik Trump.

Tindakan Encik DeSantis menjadikannya calon presiden kedua dari parti Republikan yang menarik diri dan menyatakan sokongan kepada Trump – selepas Encik Vivek Ramaswamy. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >