Topic followed successfully
Go to BHkuTrump dijangka diberi taklimat pelan serangan baharu ke atas Iran
Trump dijangka diberi taklimat pelan serangan baharu ke atas Iran
Apr 30, 2026 | 12:33 PM
Trump dijangka diberi taklimat pelan serangan baharu ke atas Iran
Askar tentera Iran berdiri di hadapan gambar Pemimpin Agung baharu Iran, Ayatollah Mojataba Khamenei, semasa perhimpunan bagi menyatakan solidariti dan sokongan kepada beliau di Teheran, pada 29 April 2026.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada 29 April memberi amaran kepada Iran supaya “segera bijak”, ketika usaha Washington dan Teheran untuk menamatkan permusuhan dilihat masih buntu. - Foto AFP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dijangka menerima taklimat mengenai beberapa pelan baharu bagi tindakan ketenteraan terhadap Iran ketika Washington menilai pilihan untuk memecahkan kebuntuan rundingan nuklear dan membuka semula laluan perkapalan di Selat Hormuz.
Menurut laporan Axios pada 28 April, taklimat itu dijadualkan berlangsung pada 30 April dan akan disampaikan oleh Komand Pemerintah Pusat Amerika (Centcom), Laksamana Brad Cooper.
Laporan berkaitan
Trump: Sekatan laut ke atas Iran boleh berlarutan berbulan-bulan, harga minyak melonjakApr 30, 2026 | 12:05 PM
Iran kemuka cadangan damai baru kepada ASApr 28, 2026 | 2:09 PM

