Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump ikrar kenaikan 'bersejarah' bajet ketenteraan AS$54 bilion

Feb 28, 2017 | 09:29 AM



PRESDIEN Amerika Syarikat Donald Trump menyesuaikan perancangan bajet termasuk peningkatan hampir 10 peratus dalam perbelanjaan pertahanan dan 'pengurangan besar' bantuan asing.



Ia dilihat sebahagian daripada usaha memenuhi janji semasa berkempen bagi rancangan fiskal yang tertumpu pada "keselamatan awam dan keselamatan negara".



Seorang pegawai pentadbiran berkata Isnin bahawa pelan Trump itu termasuk peningkatan AS$54 bilion ($76 bilion) dalam perbelanjaan pertahanan dan mengurangkan perbelanjaan dalam program-program bukan tentera.



"Kebanyakan agensi-agensi persekutuan akan menyaksikan pengurangan," kata pegawai itu.



Akan berlaku "pengurangan besar dalam bantuan asing", katanya.



Trump telah mengetengahkan ancaman keselamatan dan mahu menguatkan pertahanan.



Beliau berjanji membina tembok di sempadan Mexico, menghantar pulang pendatang tanpa izin dan menghapuskan pelampau dari muka bumi.



Saranan bajetnya, yang perlu diluluskan Kongres, menegaskan langkah tersebut.



Ia akan meningkatkan perbelanjaan pertahanan Amerika - setakat merupakan yang paling tinggi di dunia - walaupun tiada butiran bagaimana dana tambahan akan dibelanjakan.



Trump mendakwa belanjawan itu "tindakan susulan ke atas janji saya menjaga keselamatan Amerika".



"Ini termasuk peningkatan perbelanjaan pertahanan yang bersejarah untuk membina semula tentera Amerika Syarikat ketika kita amat memerlukannya," kata Trump.



Senator Republikan John McCain berhujah bahawa kenaikan itu tidak begitu besar daripada yang dicadangkan Trump, mewakili peningkatan 3 peratus daripada unjuran tahun fiskal 2018.



"Kita boleh dan perlu melakukan lebih baik," katanya.



Namun ada yang menimbulkan persoalan mengenai kesan penguran bagi di Jabatan Negara dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar.



Bantuan asing mencakupi kurang daripada 1 peratus daripada perbelanjaan pemerintah persekutuan Amerika dan tidak cukup untuk mengisi perbelanjaan pertahanan yang bertambah.



Belanjawan itu akan membayangkan keutamaan Trump bagi tahun-tahun akan datang.



Bajet tahunan persekutuan hampir AS$4 trilion selari dengan matlamat dasar presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >