Topic followed successfully
Go to BHkuTrump lanjut gencatan senjata tanpa had, rundingan damai AS-Iran masih tidak pasti
Trump lanjut gencatan senjata tanpa had, rundingan damai AS-Iran masih tidak pasti
AS kekalkan sekatan laut walaupun buka ruang diplomasi
Apr 22, 2026 | 2:51 PM
Trump lanjut gencatan senjata tanpa had, rundingan damai AS-Iran masih tidak pasti
Pegawai polis berkawal di jalan yang ditutup menuju ke Hotel Serena di kawasan Zon Merah di Islamabad pada 22 April 2026, ketika langkah keselamatan dipertingkat menjelang kemungkinan rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran. Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, atas lanjutan gencatan senjata dengan Iran dan menggesa kedua-dua pihak meneruskan rundingan. - Foto AFP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa tempoh masa tertentu bagi memberi ruang kepada rundingan damai diteruskan.
Namun, belum jelas sama ada Iran atau Israel akan bersetuju dengan langkah tersebut, sekali gus menimbulkan ketidaktentuan terhadap masa depan konflik yang telah berlarutan hampir dua bulan.
Laporan berkaitan
Pakistan perhebat diplomasi serentak, usaha bawa AS-Iran ke meja rundingan keduaApr 20, 2026 | 12:51 PM
AS yakin rundingan damai dengan Iran akan diteruskan di PakistanApr 21, 2026 | 2:15 PM

