Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump mahu kembalikan zaman keemasan AS

Dec 23, 2024 | 4:13 PM
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berucap di AmericaFest, persidangan empat hari anjuran kumpulan konservatif, Turning Point USA.
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berucap di AmericaFest, persidangan empat hari anjuran kumpulan konservatif, Turning Point USA. - Foto AFP

PHOENIX (Amerika Syarikat): Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyampaikan ucapan yang beliau sebut sebagai “pratonton kecil revolusi akal” yang akan dibawa oleh pentadbirannya.

Beliau antara lain berjanji untuk menutup sempadan negara, menamatkan peraturan persekutuan, menurunkan cukai, mendakwa pesaingnya dan mengakhiri kegilaan transgender atau individu yang berasa jantinanya berbeza dengan kelaminnya.

Dalam ucapan selama 90 minit di persidangan konservatif di Phoenix pada 22 Disember, Encik Trump menyingkap kemenangannya dalam pilihan raya dengan menyifatkan musuh liberalnya sebagai “terkeliru” dan berjanji bahawa “zaman keemasan di Amerika” baru telah bermula.

“Kami akan menamatkan pendudukan dan 20 Januari akan benar-benar menjadi hari pembebasan di Amerika,” kata Encik Trump kepada ribuan hadirin di AmericaFest, persidangan empat hari anjuran kumpulan konservatif, Turning Point USA.

Ucapannya adalah gabungan dakwaan memuji diri, serangan sengit terhadap musuhnya dan janji tentang bagaimana kembalinya beliau berkuasa akan mengubah Amerika menjadi negara lebih baik.

Seperti yang sering dilakukannya, Encik Trump memperuntuk paling banyak masa menyentuh isu imigresen dan sempadan.

Beliau mengulangi dakwaannya, tanpa bukti, bahawa negara lain mengosongkan “suaka gila” dan penjara mereka ke Amerika.

Dan beliau berikrar untuk membersihkan negara daripada pendatang haram.

“Pada hari pertama, saya akan menandatangani senarai bersejarah perintah eksekutif untuk menutup sempadan kita.

“Pada hari yang sama, kami akan memulakan operasi pengusiran terbesar dalam sejarah Amerika,” tegasnya dengan tepukan gemuruh daripada hadirin.

Seperti kebanyakan ucapan Encik Trump, perinciannya ringan dan beliau tidak menyatakan siapa yang akan dihantar pulang atau bila.

Tetapi beliau berjanji melabelkan kartel dadah Mexico sebagai organisasi pengganas dan berkata bahawa setiap kartel “yang beroperasi di bumi Amerika akan dibongkar, dihantar pulang dan dimusnahkan”.

Bagaimanapun, beberapa topik beliau telah berubah.

Beliau menyelar berulang kali terhadap golongan transgender.

Encik Trump berkata “kita akan menamatkan kegilaan transgender” dan mencacatkan kanak-kanak, rujukan yang jelas kepada pembedahan mengubah jantina.

“Kami akan menghalang lelaki daripada sukan wanita dan akan menjadi dasar Amerika bahawa hanya terdapat dua jantina: lelaki dan wanita,” tegasnya

Beliau juga menyentuh soal Terusan Panama dengan menyebut langkah Amerika sebagai “bodoh” kerana bersetuju pada 1970-an untuk mengembalikan terusan itu di bawah kawalan Panama.

Menurutnya, Panama mengenakan bayaran “tidak masuk akal” dan “sangat tidak adil” kepada kapal Amerika dan berikrar menyelesaikannya di bawah pentadbirannya kelak. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg