Trump mansuh peraturan iklim AS, akhiri piawaian pelepasan gas rumah hijau

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump mansuh peraturan iklim AS, akhiri piawaian pelepasan gas rumah hijau

Feb 13, 2026 | 12:21 PM

Trump mansuh peraturan iklim AS, akhiri piawaian pelepasan gas rumah hijau

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald  Trump, green house gas, lee zeldin
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan pemansuhan piawaian pelepasan gas rumah hijau dalam sesi bersama Pentadbir Agensi Perlindungan Sekitaran (EPA) Encik Lee Zeldin. - Foto EPA

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump pada 12 Februari mengumumkan pemansuhan penemuan saintifik bahawa pelepasan gas rumah hijau membahayakan kesihatan manusia.

Pemansuhan itu sekali gus menghapuskan piawaian pelepasan ekzos persekutuan untuk kereta dan trak.

Ia merupakan pengurangan dasar perubahan iklim yang paling meluas oleh pentadbiran setakat ini.

“Di bawah proses yang baru diselesaikan oleh Agensi Perlindungan Sekitaran (EPA), kami secara rasminya menamatkan apa yang dipanggil penemuan bahaya, dasar era mantan Presiden Barrack Obama yang membawa bencana dan merosakkan industri automotif Amerika dan menaikkan harga untuk pengguna Amerika,” kata Encik Trump.

Menurutnya, keputusan tersebut merupakan tindakan melupuskan kawal selia terbesar dalam sejarah Amerika.

Beliau mengumumkan pemansuhan itu dalam sesi bersama pentadbir EPA, Encik Lee Zeldin dan Pengarah Belanjawan Rumah Putih, Encik Russ Vought, yang telah lama berusaha membatalkan penemuan itu.

Encik Trump berkata beliau percaya perubahan iklim adalah “penipuan”, dan telah menarik balik Amerika daripada Perjanjian Paris.

Ini meninggalkan penyumbang terbesar dunia dalam isu pemanasan global daripada usaha antarabangsa untuk memeranginya selain menghapuskan kredit cukai era Presiden Joe Biden untuk mempercepatkan penggunaan kereta elektrik dan tenaga boleh diperbaharui.

Encik Obama mengecam langkah itu menerusi X, dengan menyatakan tanpa penemuan bahaya, “kita akan menjadi kurang selamat, kurang sihat dan kurang mampu melawan perubahan iklim – semuanya supaya industri bahan api fosil dapat menjana lebih banyak wang”.

Penemuan bahaya ini pertama kali diterima pakai oleh Amerika pada 2009 dan menyebabkan EPA mengambil tindakan di bawah Akta Udara Bersih 1963 bagi membendung pelepasan karbon dioksida, metana, dan empat bahan pencemar udara lain daripada kenderaan, loji kuasa dan industri lain.

Ia berlaku selepas Mahkamah Agung memutuskan dalam kes Massachusetts menentang EPA pada 2007 bahawa agensi itu mempunyai kuasa mengawal selia karbon dioksida dan pelepasan gas rumah hijau lain di bawah Akta Udara Bersih.

Pemansuhannya akan menghapuskan keperluan pengawal seliaan bagi mengukur, melaporkan, mengesahkan, dan mematuhi piawaian pelepasan gas rumah hijau persekutuan untuk kereta, tetapi mungkin tidak terpakai bagi loji kuasa.

Sektor pengangkutan dan kuasa masing-masing bertanggungjawab untuk sekitar satu perempat daripada pelepasan gas rumah hijau Amerika, menurut angka EPA.

EPA berkata pemansuhan dan penamatan piawaian pelepasan gas kenderaan akan menjimatkan pembayar cukai Amerika sebanyak AS$1.3 trilion ($1.64 trilion). – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg