SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Trump nafi tandatangan surat lucah kepada Epstein

Trump nafi tandatangan surat lucah kepada Epstein

Sep 10, 2025 | 1:04 PM

Trump nafi tandatangan surat lucah kepada Epstein

Sepucuk surat hari jadi yang didakwa ditulis oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, kepada pesalah seks Jeffrey Epstein lebih 20 tahun lalu dipamerkan oleh Parti Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika menerusi akaun X mereka pada 8 September 2025. Surat itu, yang kewujudannya pertama kali dilaporkan oleh Wall Street Journal pada Julai, kelihatan ditandatangani oleh Trump. Namun beliau menafikan perkara itu, menyatakan kad tersebut tidak wujud, manakala Rumah Putih turut menolak kesahihannya.
Sepucuk surat hari jadi yang didakwa ditulis oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, kepada pesalah seks Jeffrey Epstein lebih 20 tahun lalu dipamerkan oleh Parti Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika menerusi akaun X mereka pada 8 September 2025. Surat itu, yang kewujudannya pertama kali dilaporkan oleh Wall Street Journal pada Julai, kelihatan ditandatangani oleh Trump. Namun beliau menafikan perkara itu, menyatakan kad tersebut tidak wujud, manakala Rumah Putih turut menolak kesahihannya. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah menulis surat berbaur lucah kepada Jeffrey Epstein, selepas dokumen itu didedahkan kepada umum pada 8 September.

Surat berkenaan, bertarikh 2003, dilaporkan berbentuk mesej ditaip dalam lakaran tubuh wanita bogel, dengan tanda tangan “Donald J. Trump” diletakkan di bahagian sulit gambar tersebut. Ia merupakan sebahagian daripada “buku hari jadi” Epstein yang dikumpulkan oleh pembantu rapatnya, Ghislaine Maxwell, sempena ulang tahun ke-50 ahli kewangan yang kini terpalit aib itu.

Encik Trump, 79 tahun, menyifatkan pendedahan tersebut sebagai “tidak masuk akal” dan mendakwa ia direka untuk menjatuhkan reputasinya.

“Itu bukan tandatangan saya dan bukan cara saya bercakap. Sesiapa yang mengenali saya tahu ini karut. Terus terang, anda hanya buang masa,” kata Encik Trump kepada wartawan di Washington pada malam 9 September.

Kandungan surat itu antara lain menunjukkan dialog pendek antara “Donald” dan “Jeffrey,” yang berakhir dengan ucapan selamat hari jadi berbunyi: “semoga setiap hari menjadi satu rahsia indah.”

Laporan awal mengenai kewujudan surat itu disiarkan The Wall Street Journal pada Julai lalu, sekaligus mencetuskan tindakan undang-undang bernilai AS$10 bilion ($12.8 bilion) daripada Encik Trump terhadap akhbar tersebut dan pemiliknya.

Namun, pada 8 September, Jawatankuasa Pemantauan Dewan Perwakilan Amerika mendedahkan salinan penuh buku itu bersama ratusan fail peribadi lain yang diperoleh daripada harta peninggalan Epstein.

Sekutu Encik Trump berhujah bahawa tandatangan dalam surat tersebut berbeza dengan dokumen rasmi yang beliau tandatangani sejak menjadi presiden pada 2017. Namun, The New York Times menyiarkan beberapa surat lama Trump dari akhir 1990-an dan awal 2000-an yang menunjukkan persamaan ketara dengan tandatangan dalam surat 2003 itu.

Apabila ditanya sama ada Rumah Putih bersedia membenarkan pakar tulisan tangan profesional menilai dokumen tersebut, Setiausaha Akhbar, Cik Karoline Leavitt, berkata: “Ya, kami menyokong perkara itu.”

Epstein, seorang ahli kewangan kaya dengan rangkaian hubungan global, pernah disabitkan kesalahan jenayah seks. Beliau ditemui mati dalam sel penjara New York pada 2019 ketika menunggu perbicaraan tuduhan pemerdagangan seks remaja bawah umur.

Encik Trump pernah dikaitkan dengan Epstein sejak 1990-an. Mereka berdua dilihat menghadiri beberapa acara sosial bersama, termasuk di kelab Mar-a-Lago milik Encik Trump di Florida. Hubungan itu menjadi bahan politik utama yang sering dieksploitasi lawan Demokratnya.

Encik Trump menegaskan kontroversi ini hanyalah “tipu helah” rekaan pembangkang. “Ini BERITA PALSU untuk meneruskan penipuan Demokrat tentang Epstein,” tulis Cik Leavitt di platform X pada 8 September.

Selain surat berkenaan, jawatankuasa turut menyiarkan foto lama dari kelab Mar-a-Lago yang menunjukkan Epstein, seorang wanita muda dan ahli perniagaan Joel Pashcow. Foto itu disertakan dengan cek gergasi bernilai AS$22,500 yang ditandatangani dengan nama “DJ Trump” - dipercayai olok-olok.

Nota tulisan tangan di bawah gambar tersebut menyindir kononnya Epstein telah “menjual seorang wanita kepada Trump.”

Wanita itu, yang namanya dipadamkan dalam fail, dikenal pasti sebagai seorang sosialit Eropah berusia 20-an pada ketika itu. Menurut peguamnya, beliau mengenali Epstein atas kapasiti profesional ketika masih belajar tetapi memutuskan hubungan pada 1997.

“Beliau tidak tahu menahu tentang surat itu atau kandungannya yang berbaur menghina,” kata peguam tersebut.

Demokrat pantas menggunakan isu ini untuk menyerang Trump. Dalam kenyataan di X, anggota Demokrat dalam jawatankuasa menulis: MUKA SURAT BARU DARIPADA BUKU HARI JADI EPSTEIN.”

Mereka mendakwa bukti tersebut menambah persoalan tentang hubungan sosial Encik Trump dan Epstein pada era 1990-an.

Penganalisis politik di Washington berpendapat isu ini boleh menjejas kredibiliti Encik Trump dalam kempen pilihan raya akan datang. “Walaupun beliau menafikan, bukti visual sebegini sukar dipadam daripada memori pengundi,” kata seorang penganalisis dari Brookings Institution.

Walaupun Encik Trump cuba mengecilkan isu ini, media arus perdana terus menyiarkan laporan baru, termasuk catatan lain dalam buku Epstein yang menggambarkan ilustrasi lucah serta jenaka sinis mengenai wanita muda berbunyi “Presiden Trump tidak melukis gambar itu, tidak menandatanganinya, dan tidak menandatangani cek dalam foto tersebut.” - Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg