Topic followed successfully
Go to BHkuTrump perlekeh Macron, dakwa isterinya melayan beliau dengan buruk
Trump perlekeh Macron, dakwa isterinya melayan beliau dengan buruk
Apr 2, 2026 | 2:57 PM
Trump perlekeh Macron, dakwa isterinya melayan beliau dengan buruk
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, bersama isterinya, Brigitte Macron, mengundi dalam pusingan pertama pilihan raya perbandaran Perancis di Le Touquet-Paris-Plage, Perancis, pada 15 Mac 2026. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan kontroversi apabila memperlekehkan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, serta isterinya, Cik Brigitte Macron, dalam satu majlis makan tengah hari tertutup, di samping mengkritik sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) kerana tidak menyertai perang menentang Iran.
Rakaman video ucapan itu, yang dimuat naik secara ringkas di saluran YouTube Rumah Putih sebelum akses disekat, menunjukkan Encik Trump menyindir Encik Macron secara peribadi. “Kami tidak memerlukan mereka, tetapi saya tetap meminta,” katanya.
Laporan berkaitan
Trump selar sekutu enggan kerjasama sedang konflik Timur Tengah memuncak Mar 17, 2026 | 3:11 PM
Trump beri amaran kepada Nato, desak China bantu buka semula Selat HormuzMar 16, 2026 | 11:18 AM

