WASHINGTON: Presiden Donald Trump telah meluluskan penghantaran senjata pertahanan Amerika Syarikat ke Ukraine dan sedang mempertimbangkan sekatan tambahan ke atas Moscow.
Mengumumkan demikian pada 8 Julai, beliau turut menekankan kekecewaannya terhadap Presiden Russia Encik Vladimir Putin berhubung jumlah kematian yang semakin meningkat dalam perang Russia dengan Ukraine.
Encik Trump, yang pernah berikrar ketika bertanding bagi sebagai calon presiden untuk menamatkan perang dalam masa sehari, tidak dapat menepati janji itu dan usaha pentadbirannya untuk menjadi perantara keamanan telah gagal.
Menghalakan kemarahannya kepada Encik Putin dalam pertemuan dengan pegawai Kabinet di Rumah Putih, Encik Trump berkata. “Saya tidak berpuas hati dengan Putin. Ini yang dapat saya beritahu anda sebanyak itu sekarang.”
Beliau tutut perihatin terhadap “beribu-ribu tentera Russia dan Ukraine terkorban perang.
Encik Trump berkata beliau sedang mempertimbangkan sama ada untuk menyokong rang undang-undang di Senat yang akan mengenakan sekatan ke atas Russia berhubung perang yang masih berlanjutan itu.
Rang undang-undang itu, yang diajukan oleh Senator Republikan Encik Lindsey Graham dari South Carolina dan Senator Demokrat Encik Richard Blumenthal dari Connecticut, juga akan menghukum negara lain yang berdagang dengan Moscow - tarif 500 peratus tarif ke atas negara yang membeli minyak, gas, uranium dan eksport Russia yang lain.
Menurut Encik Trump, Amerika akan menghantar lebih banyak senjata ke Ukraine untuk membantunya mempertahankan diri daripada serangan Russia.
Beliau telah meluluskan langkah sedemikian pada 8 Julai.
“Kami akan menghantar beberapa senjata pertahanan ke Ukraine, dan saya telah meluluskannya,” katanya lagi.
Presiden Ukraine Encik Volodymyr Zelenskyy berkata pada bahawa beliau telah mengarahkan ubungan dengan Amerika yang luas untuk memastikan penghantaran bekalan kritikal, terutamanya pertahanan udara.
“Kami pada masa ini telah membuat keputusan politik yang diperlukan, dan kami mesti melaksanakannya secepat mungkin untuk melindungi rakyat dan kedudukan kami.
“Penghantaran kritikal yang bermaknaini akan menyelamatkan nyawa dan melindungi bandar dan kampung Ukraine. Saya menjangkakan hasil daripada hubungan ini tidak lama lagi. Dan minggu ini, kami sedang menyediakan format untuk mesyuarat pasukan tentera dan politik kami,” ujar Encik Zelenskyy.
Beliau telah berulang kali menggesa sekutu Barat Ukraine untuk mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Moscow bagi memaksa Kremlin bersetuju dengan gencatan senjata sebagai langkah ke arah menamatkan perang sejak 40 bulan lalu. - Reuters


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg