Topic followed successfully
Go to BHkuTrump sifatkan suspek tembakan Rumah Putih ‘lelaki yang agak sakit’
Trump sifatkan suspek tembakan Rumah Putih ‘lelaki yang agak sakit’
Insiden tembakan tidak akan ‘melemahkan’ Trump dalam perang Iran
Apr 27, 2026 | 10:28 AM
Trump sifatkan suspek tembakan Rumah Putih ‘lelaki yang agak sakit’
Anggota penguat kuasa undang-undang mengawal dan meronda lokasi kejadian susulan insiden tembakan semasa majlis makan malam tahunan Persatuan Wartawan Rumah Putih di Washington, D.C., Amerika Syarikat, 26 April 2026. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada 26 April berkata suspek yang cuba menyerang pegawai pentadbiran ketika majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih pada Sabtu malam adalah seorang “individu yang sakit” dan memiliki manifesto berunsur anti-Kristian.
Encik Trump berkata dalam wawancara televisyen bahawa keluarga suspek sebelum ini telah menyuarakan kebimbangan kepada pihak berkuasa mengenai tingkah lakunya. Suspek, yang dikenal pasti sebagai Cole Tomas Allen, 31 tahun, dari Torrance, California, ditahan di lokasi kejadian di Washington, D.C.
Laporan berkaitan
Tembakan cetus cemas di majlis Trump, suspek ditahanApr 26, 2026 | 5:42 PM
Perancang bunuh Trump di padang golf Florida dihukum penjara seumur hidupFeb 5, 2026 | 2:44 PM

