Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump tangguh serang Iran selepas amaran kesan risiko musim haji
Trump tangguh serang Iran selepas amaran kesan risiko musim haji
Konflik Iran-AS-Israel dijangka memuncak semula selepas tempoh itu berakhir
May 21, 2026 | 12:51 PM
Trump tangguh serang Iran selepas amaran kesan risiko musim haji
Pasangan Iran tiba menaiki kenderaan tentera semasa majlis perkahwinan awam di Teheran, Iran, pada 18 Mei, di tengah-tengah gencatan senjata yang berkuat kuasa. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dilaporkan menangguhkan rancangan serangan ketenteraan ke atas Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk serta pegawai pentadbirannya sendiri mengenai risiko besar jika perang disambung semasa musim haji.
Menurut dua pegawai kanan Teluk yang dipetik laman berita yang berpangkalan di United Kingdom, Middle East Eye, serangan terhadap Iran ketika jutaan umat Islam berkumpul untuk menunaikan haji boleh mencetuskan krisis besar di rantau Teluk.
Laporan berkaitan
AS dakwa rundingan Iran tunjuk perkembangan positifMay 20, 2026 | 1:07 PM
Trump tangguh serang Iran selepas diminta Qatar, Arab Saudi, UAEMay 19, 2026 | 11:39 AM
