Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump, Zelensky akur kerjasama tamatkan perang Russia dengan Ukraine

Mar 20, 2025 | 1:04 PM
Presiden Ukraine Encik Volodymyr Zelensky berkata beliau dan Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump telah bersetuju untuk bekerjasama untuk menamatkan perang Russia dengan Ukraine.
Presiden Ukraine Encik Volodymyr Zelensky berkata beliau dan Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump telah bersetuju untuk bekerjasama untuk menamatkan perang Russia dengan Ukraine. - Foto AFP

KYIV: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky bersetuju pada 19 Mac untuk bekerjasama menamatkan perang Russia dengan Ukraine, dalam apa yang disifatkan oleh Rumah Putih sebagai panggilan telefon selama satu jam yang “hebat”.

Dalam perbualan pertama mereka sejak mesyuarat Pejabat Oval yang berlangsung pada 28 Februari, Encik Zelensky mengucapkan terima kasih kepada Encik Trump atas sokongannya dan beliau bersetuju bahawa pasukan teknikal akan bertemu di Arab Saudi dalam beberapa hari akan datang.

Encik Zelensky meminta Encik Trump bagi mendapatkan lebih banyak sokongan pertahanan udara untuk melindungi negaranya daripada serangan Russia dan presiden Amerika itu berkata beliau akan membantu mencari peralatan ketenteraan yang diperlukan di Eropah, kata Rumah Putih.

Encik Trump turut memberi taklimat kepada Encik Zelensky mengenai panggilan telefonnya pada 18 Mac dengan Presiden Russia Encik Vladimir Putin,

Presiden Russia itu menolak cadangan gencatan senjata penuh selama 30 hari yang diusul oleh Encik Trump dan diterima oleh Ukraine, tetapi Encik Putin bersetuju untuk menghentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga.

Namun, gencatan senjata yang ditakrifkan secara sempit itu menimbulkan keraguan pada 19 Mac dengan Moscow berkata Ukraine telah menyerang depot minyak di selatan Russia manakala Kyiv berkata Russia telah menyerang hospital dan rumah, dan memutuskan bekalan elektrik ke beberapa landasan kereta api.

Namun, kedua-dua pihak mengumumkan bahawa mereka telah melakukan pertukaran tahanan, masing-masing membebaskan 175 tentera dalam perjanjian yang diuruskan oleh Emiriah Arab Bersatu.

Moscow berkata ia membebaskan 22 lagi warga Ukraine yang cedera sebagai tanda muhibah.

Encik Zelensky, yang menyifatkan perbualannya dengan Encik Trump sebagai “positif, sangat substantif dan terus terang,” berkata bahawa beliau telah mengesahkan kesediaan Kyiv untuk menghentikan serangan ke atas infrastruktur Russia dan komitmennya terhadap gencatan senjata tanpa syarat di barisan hadapan seperti yang dicadangkan Amerika sebelum ini.

“Salah satu langkah pertama ke arah menamatkan perang sepenuhnya ialah menghentikan serangan ke atas prasarana tenaga dan awam. Saya menyokong langkah ini, dan Ukraine mengesahkan bahawa kami bersedia untuk melaksanakannya,” kata Encik Zelenskynya di media sosial.

Terdahulu, Encik Zelensky berkata serangan Russia yang dilakukan sejak perbualan telefon Encik Trump dengan Encik Putin, menunjukkan bahawa Russia tidak bersedia untuk mencapai keamanan.

Beliau berkata Amerika sepatutnya bertanggungjawab memantau pelaksanaan gencatan senjata. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg