Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tujuh terperangkap selepas struktur loji janakuasa Korea S runtuh

Nov 6, 2025 | 3:50 PM
Gambar edaran bertarikh 6 November 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba Ulsan melalui agensi Yonhap menunjukkan menara dandang setinggi 60 meter milik Korea East-West Power Corporation selepas ia runtuh di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan. Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terperangkap selepas struktur loji janakuasa di pantai timur Korea Selatan runtuh, menurut Agensi Bomba Kebangsaan pada 6 November.
Gambar edaran bertarikh 6 November 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba Ulsan melalui agensi Yonhap menunjukkan menara dandang setinggi 60 meter milik Korea East-West Power Corporation selepas ia runtuh di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan. Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terperangkap selepas struktur loji janakuasa di pantai timur Korea Selatan runtuh, menurut Agensi Bomba Kebangsaan pada 6 November. - Foto AFP

SEOUL: Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terperangkap selepas struktur sebuah loji janakuasa runtuh di pantai timur Korea Selatan, menurut Agensi Bomba Kebangsaan pada 6 November.

Kejadian berlaku sekitar jam 2 petang (1 petang waktu Singapura) di ibu pejabat Korea East-West Power di bandar Ulsan, tenggara negara itu.

Agensi Bomba Kebangsaan memaklumkan bahawa dua mangsa telah berjaya diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh lagi dipercayai masih terperangkap dan belum dapat dikesan. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Perdana Menteri Korea Selatan, Encik Kim Min-seok mengarahkan semua kementerian untuk “menggerakkan semua tenaga kerja dan peralatan yang ada, dengan keutamaan utama diberikan kepada usaha menyelamat mangsa yang terperangkap.”

Pejabat Perdana Menteri turut menambah bahawa penduduk di kawasan berhampiran sedang dipindahkan. Kemalangan itu dilaporkan berlaku ketika kerja-kerja persediaan sedang dijalankan untuk merobohkan loji janakuasa haba yang telah lama dihentikan operasinya. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg