Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAWATAN KAMALA HARRIS KE SINGAPURA

AS tumpu keluarkan warga, mereka yang bantunya dari Afghanistan

Naib Presiden Harris: Presiden Biden buat keputusan berani, tepat tamatkan perang kerana Amerika telah capai apa ingin dilakukan di Afghan
Aug 25, 2021 | 05:30 AM



AMERIKA Syarikat sedang memberi tumpuan pada usaha memindah keluar individu dari Afghanistan, termasuk warga Amerika, rakan antarabangsa dan warga Afghanistan yang telah membantu Amerika, kata Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris semalam.



"Kami berperang di Afghanistan selama 20 tahun. Ramai anggota tentera kami mengorbankan nyawa mereka di Afghanistan, begitu juga sekutu dan rakan kongsi kami," kata beliau.



"Beberapa bulan lalu, Presiden Joe Biden membuat keputusan berani dan tepat menamatkan perang ini kerana kami telah mencapai apa kami ingin lakukan di sana."



Beliau berkata demikian dalam satu ucapan dasar dalam sebuah acara di Gardens By The Bay yang dihos Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew dan Kedutaan Amerika di Singapura.



Cik Harris memulakan ucapannya mengenai dasar Amerika dan kerjasama di rantau ini dengan mengatakan beliau sedar perhatian dunia kini tertumpu pada Afghanistan.



Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota tentera Amerika serta rakan antabarangsa yang terlibat dalam usaha pemindahan keluar itu sedang Taleban kembali menguasai kebanyakan kawasan di Afghanistan.



"Amerika Syarikat telah memberi tumpuan terhadap memindahkan keluar dengan selamat warga Amerika, rakan antarabangsa, serta Afghan yang telah bekerja bersama kami, serta Afghan lain berisiko," katanya.



"Kami memberi tumpuan jelas kepada tugas itu sekarang, dan kami amat berterima kasih kepada lelaki dan wanita yang berkhidmat dan kakitangan kedutaan yang berada di lapangan, sedang saya berucap sekarang, untuk menjayakan usaha pengangkutan udara dalam sekitaran amat sukar dan bahaya ini," ujar Cik Harris.



Beliau, yang berada di Singapura bagi satu lawatan rasmi, juga meluahkan penghargaan kepada rakan antarabangsa, termasuk Singapura, yang bekerja bersamanya bagi mengeluarkan orang dari Afghanistan.



Kelmarin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura menawarkan penggunaan Pesawat Tangki dan Pengangkut Berbilang Fungsi A330 (A330 MRTT) Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) bagi menyokong usaha Amerika memindah keluar pelarian dari Afghanistan.



Pesawat tangki itu boleh mengisi minyak di udara dan menjalankan fungsi mengangkut di udara pada masa sama. Aset itu secara rasmi mula beroperasi April lalu, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) Singapura sebelum ini.



Ribuan orang di Afghanistan sepanjang minggu lalu cuba pergi ke lapangan antarabangsa di ibu kota Kabul dengan harapan mendapat tempat dalam penerbangan keluar dari negara itu.



Ini termasuk rakyat Afghan yang membantu Amerika dan sekutunya sepanjang 20 tahun lalu dengan bekerja sebagai penterjemah bagi operasi ketenteraan.



Sejak itu, Taleban telah berusaha mengawal situasi dengan melepaskan ke udara dan menggunakan baton untuk memaksa orang beratur di luar lapangan terbang.



Dalam rangka lawatan tiga hari ke Singapura beliau, Cik Harris telah menemui Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dan beberapa menteri lain, termasuk Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, dan Menteri Kewangan Lawrence Wong.



Dalam lawatan ini, Amerika dan Singapura mengesahkan hubungan dua hala kukuh yang dijalin sejak 55 tahun lalu.



Kelmarin, Cik Harris mengunjungi RSS Singapura-Pangkalan Tentera Laut Changi dalam satu lawatan yang dihos Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Zaqy Mohamad.



Cik Harris diberi taklimat mengenai usaha pangkalan itu dalam menyokong kehadiran dan usaha Amerika di rantau ini.



Beliau dijadual meninggalkan Singapura bagi melawat Vietnam semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >