Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Tumpuan BN ialah raih kemenangan bukan Kabinet

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) perlu memberi tumpuan kepada mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum memikirkan mengenai barisan Kabinet yang baru, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Perdana Menteri Malaysia itu berkata, bagaimanapun beliau akan memastikan saiz Kabinet yang akan dibentuk nanti adalah lebih kecil berbanding jumlah menteri sekarang dengan menggabungkan beberapa kementerian.



"Jadi kita kena menang dulu, kalau tak menang saya pun tak jadi Perdana Menteri. BN mesti menang dahulu.. selepas menang BN, Insya-Allah saya akan ambil kira semua kepentingan, kena ada teknokrat, kena ada ahli politik.



"Cuma saya bagi jaminan bahawa yang saya akan kecilkan Kabinet saya kerana Kabinet sekarang terlalu besar... ini janji saya tetapi siapa yang menjadi Menteri Kabinet akan saya tentukan," katanya kepada media selepas Program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Puncak Alam, malam kelmarin.



Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) memetik laporan Bernama sebagai menyatakan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang juga calon BN di Parlimen Kuala Selangor, turut hadir.



Mengenai dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan bahawa BN meniru manifesto mereka mengenai pemberian taraf kerakyatan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, Datuk Ismail Sabri berkata, BN juga boleh mengatakan perkara yang sama kepada parti itu.



Datuk Ismail turut menaruh keyakinan kepada Tengku Zafrul untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya ini.



"Saya terkejut dengan sambutan (rakyat) begini hebat dan saya percaya apa yang digambarkan malam ini itulah yang akan menjadi undi kepada Tengku Zafrul nanti.



"Saya percaya yang datang ramai-ramai malam ini menunjukkan sokongan kepada Tengku Zafrul dan saya yakin beliau boleh menang kerusi di Kuala Selangor.



"Insya-Allah jika Tengku Zafrul menang, dia akan berada di dalam Kabinet, Kuala Selangor bertuah kerana mempunyai calon yang hebat, saya harap kita sama-sama nobatkan Tengku Zafrul sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor," katanya.



Beliau sebelum ini berpesan kepada semua pengundi awal supaya membuat pilihan tepat pada PRU15 dengan memilih kerajaan yang dapat membawa kestabilan.



Datuk Seri Ismail berkata, tempoh mentadbir negara selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kegagalan pihak pembangkang dalam mentadbir negara.



"Apa yang jelas mereka (PH) gagal melaksanakan apa yang mereka bentangkan sebelum PRU, akhirnya manifesto tidak dapat mereka laksanakan.



"Pesanan saya bahawa pengundi awal perlu membuat pilihan tepat dalam memilih calon Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya harap mereka tidak tersilap dalam memilih, pilihlah parti yang boleh membawa kestabilan," nasihatnya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >