Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tumpuan pada BN susuli pertemuan dengan Agong

Kebuntuan pembentukan kerajaan baru berterusan; Agong dijadual adakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu berhubung isu pelantikan PM
Nov 24, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perhatian kini tertumpu pada langkah Barisan Nasional (BN) selanjutnya selepas beberapa pemimpinnya bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong pagi semalam sedang Sultan berusaha menentukan siapa yang akan menerajui kerajaan Malaysia seterusnya.



The Straits Times (ST) difahamkan bahawa Agong telah meminta BN menyertai kerajaan perpaduan, satu cadangan yang telah "diterima baik" ketua Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin.



Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipetik portal berita Malaysiakini sebagai berkata "titah Baginda adalah untuk membentuk kerajaan perpaduan".



Pada masa yang sama, sepucuk surat yang dikatakan daripada Datuk Ahmad Zahid kepada Agong, menjanjikan sokongan semua ahli parlimen (AP) gabungan itu kepada Datuk Anwar.



Pemimpin BN mengesahkan bahawa Datuk Ahmad Zahid mengaku menghantar surat itu.



Memberi reaksinya, Setiausaha Agung, Persatuan Cina Malaysia (MCA), Encik Chong Sin Woon, berkata surat itu dihantar tanpa kelulusan Majlis Tertinggi BN, sambil mengulangi gesaannya sebelum ini supaya Datuk Ahmad Zahid berundur sebagai presiden BN dan digantikan dengan timbalan pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan.



Sementara itu, Agong dijadual mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu hari ini berhubung isu pelantikan perdana menteri Malaysia ke-10 yang masih buntu.



Mesyuarat itu bakal diadakan di Istana Negara.



Pada Selasa lalu, Agong bertemu kedua-dua Datuk Anwar dan ketua Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan beliau menitahkan kedua-dua pemimpin itu membentuk kerajaan perpaduan.



Namun, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan tidak mahu bekerjasama dengan PH - sejajar prinsip gabungan itu - malah mendakwa sudah mempunyai sokongan 115 AP daripada 222 kerusi Parlimen.



Sementara itu, buat kali pertama selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pemimpin BN dan PN bertemu semalam.



Pertemuan di Hotel St Regis bermula kira-kira 3 petang dan dipercayai bagi membincangkan kerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan sekali gus memilih perdana menteri ke-10.



Pertemuan itu antaranya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden Umno; Datuk Mohamad; dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.



Dalam PRU15 lalu, PH meraih 82 kerusi manakala PN menang 73 kerusi.



Namun PH dan PN tidak mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru.



Oleh itu, mereka antara lain memerlukan sokongan AP gabungan parti lain termasuk BN yang menang 30 kerusi bagi mendapat majoriti mudah sokongan 112 AP daripada 222 kerusi Parlimen.



LAPORAN SELANJUTNYA:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >