Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Twitter lancar khidmat langganan 'Blue'

Jun 05, 2021 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Firma teknologi Twitter telah memperkenalkan perkhidmatan langganan pertamanya, digelar 'Blue', dan menawarkan ciri tambahan kepada pengguna aktif Twitter, sedang firma itu berusaha mempelbagaikan pendapatannya selain iklan.



Ciri itu - yang akan disediakan Australia dan Canada dahulu - membolehkan rangkaian sosial itu untuk kurang bergantung pada iklan atau siaran promosi yang mengganggu aliran tweet masa nyata yang merupakan sebahagian besar tarikan wadah pemesejan global itu.



"Kami telah banyak mendengar daripada orang yang banyak menggunakan Twitter, bahawa kami tidak selalu membina ciri-ciri yang memenuhi keperluan mereka," kata pengarah pengurusan produk Sara Beykpour dan pengurus produk Smita Mittal Gupta dalam satu catatan blog.



"Baiklah, ini akan berubah."



Langganan bulanan bagi Twitter Blue berharga AS$3.49 ($4.63) di Canada dan AS$4.49 di Australia dalam mata wang tempatan, dan disediakan kepada pengguna, menurut blog itu.



Faedah pelanggan Blue termasuk merangkumi satu jangka masa singkat di mana mereka dapat 'memadam' atau mengubah tweet.



Ini walaupun ciri itu bukan pilihan penyuntingan yang telah lama diminta pengguna Twitter yang ingin mereka dapat membetulkan atau mengubah tweet, memandangkan ia membolehkan pengguna menetapkan tempoh tidak lebih 30 saat di mana mereka boleh mengubah atau membatalkan satu catatan.



"Bagi mereka yang bertanya-tanya, tidak, Twitter percuma tidak akan hilang, dan tidak akan pernah berlaku," kata Beykpour dan Cik Gupta.



"Tawaran langganan ini hanya bermaksud untuk menambah dan melengkapi ciri tambahan yang telah sedia ada." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >