Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISU TEMBAK JATUH PESAWAT M'SIA MH17

Ukraine dakwa Russia langgar perjanjian PBB, sokong kumpulan pemisah

May 18, 2023 | 05:30 AM



THE HAGUE: Ukraine dan Russia akan tampil di mahkamah tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 6 Jun dengan Ukraine akan membentangkan dakwaan bahawa Moscow telah melanggar satu perjanjian PBB, menyokong kumpulan pemisah pro-Russia yang dikenal pasti oleh mahkamah di Belanda sebagai bertanggungjawab atas tindakan menembak jatuh pesawat MH17, syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).



Pada November 2022, mahkamah Belanda telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Russia, dipercayai anggota ejen risik, dan seorang warga Ukraine, iaitu pemimpin tentera pemisah, dalam perbicaraan tanpa kehadiran mereka, atas kesalahan berperanan melakukan pembunuhan dengan menembak jatuh sebuah pesawat.



Tiga lagi yang turut dibicarakan tanpa kehadiran mereka masih lagi dalam buruan.



Pesawat MH17 itu berlepas dari Amsterdam dalam penerbangan menuju Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di ruang angkasa Ukraine pada 17 Julai 2014.



Ketika itu, perselisihan sedang memuncak antara kumpulan pemisah pro-Russia dengan tentera Ukraine.



Pesawat MH17 itu membawa 298 penumpang dan anak kapal. Kesemuanya terbunuh, termasuk 196 warga Belanda.



Mahkamah Belanda itu juga mendapati Russia "menguasai sepenuhnya" ke atas tentera pemisah Republik Rakyat Donetsk di timur Ukraine sejak Mei 2014.



Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menetapkan empat hari bagi perbicaraan - 6, 8 12 dan 14 Jun - untuk mendengar hujah kededua pihak.



Kes ini difailkan pada 2017 oleh satu daripada dua warga Ukraine, terhadap Russia di mahkamah tersebut.



Satu lagi kes difailkan sejurus selepas pencerobohan Russia pada 2022, berkisar pada dakwaan bahawa Moscow menyerang Ukraine.



Dakwaan itu adalah mengelakkan berlakunya pembunuhan beramai-ramai.



Biasanya, ia memakan masa beberapa tahun bagi kes di ICJ itu untuk sampai ke tahap perbicaraan dan bergantung pada keperluan dan kepentingan kes berkenaan.



Para penyiasat antarabangsa yang menjalankan siasatan atas kejadian itu juga dijangka bersedia mengemukakan penemuan baru mereka, termasuk kemungkinan menamakan beberapa lagi pihak yang disyaki.



Para penyiasat terus mengumpulkan bukti mengenai pesawat yang musnah itu, dan mungkin mengenalpasti sama ada anak kapal pesawat itu sendiri yang mengendalikan sistem peluru berpandu, atau pegawai tinggi tentera Russia, atau ada pegawai politik yang terlibat.



Russia menafikan keterlibatannya dalam penembakan jatuh pesawat MH17 itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >