Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine serang bandar Donetsk yang dikuasai Russia

Jan 22, 2024 | 04:46 PM



MOSCOW: Seramai 27 orang terbunuh dan 25 lagi cedera apabila tentera Ukraine dilapor membedil bandar Donetsk yang dikuasai Russia di timur Ukraine, kata Encik Denis Pushilin, ketua wilayah Donetsk yang dilantik oleh Russia, pada 21 Januari.


Menurut Encik Alexei Kulemzin, datuk bandar Russia yang dilantik di bandar itu, tentera Ukraine mengebom kawasan sibuk di mana terletaknya kedai dan pasar. Encik Pushilin berkata, bandar itu dibedil oleh meriam Ukraine.

Gambar dan video yang dirakam jurugambar agensi berita Reuters di tempat kejadian menunjukkan, orang menangis, sebahagian daripada mereka berkata mereka kehilangan saudara mara, dan mayat bergelimpangan diselimuti salji, berlumuran darah berhampiran salah satu pasar di bandar itu.

Encik Pushilin mengumumkan hari berkabung pada 22 Januari, di Republik Rakyat Donetsk.

Dalam ucapannya melalui video setiap malamnya, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy tidak menyentuh tentang serangan itu.

Namun, beliau berkata bahawa dalam satu hari, Russia telah membedil lebih 100 bandar, pekan dan kampung, di sembilan wilayah di Ukraine. Beliau berkata, serangan di wilayah Donetsk ini “adalah cukup teruk.”

Tentera Ukraine di Tavria, atau zon selatan, berkata dalam catatan Facebook bahawa askar di bawah perintahnya tidak bertanggungjawab. “Donetsk ialah Ukraine!” ia berkata. “Russia perlu menjawab kerana membunuh rakyat Ukraine.”

Encik Pushilin berkata 18 daripada yang cedera dimasukkan ke hospital dan tujuh dirawat sebagai pesakit luar.

Di Moscow, Kementerian Ehwal Luar Russia menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan keganasan biadab” oleh Ukraine, yang dilakukan “dengan menggunakan senjata yang dibekalkan oleh Barat”.

“Pihak Russia dengan tegas mengutuk serangan ini terhadap penduduk awam,” kata satu kenyataan kementerian.

Donetsk adalah salah satu daripada empat wilayah di timur dan selatan Ukraine yang didakwa Russia didudukinya pada akhir 2022 dalam satu langkah yang dikutuk sebagai haram oleh kebanyakan negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Russia bagaimanapun tidak mengawal sepenuhnya mana-mana daripada empat wilayah itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >