Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Umno guna alasan Covid-19 agar terus berkuasa?

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



UMNO cuba bermain dengan api apabila membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas kehilangan sokongan majoriti tetapi pada masa yang sama tidak mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari selepas perwartaan pembubaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Oktober lepas.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri membayangkan akan memohon Proklamasi Darurat supaya PRN tidak boleh diadakan dan negeri itu ditadbir oleh pemerintah sementara yang diterajui parti tersebut.



Umno menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan PRN Melaka tidak boleh diadakan dalam tempoh yang ditetapkan dan menjadikan contoh peristiwa PRN Sabah pada Oktober lepas yang menyebabkan kenaikan mendadak kes baru Covid-19.



Ironinya Umno menggunakan alasan Covid-19 agar PRN tidak diadakan tetapi tidak mengambil kira alasan tersebut semasa memohon pembubaran DUN Melaka daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam atas nasihat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.



Sepatutnya jika Umno mengambil berat kepentingan rakyat berbanding kerakusan mahu terus berkuasa, mandat baru mentadbir negeri perlu diserahkan kepada Pakatan Harapan (PH) yang punya 11 Anggota DUN (Adun) serta mendapat sokongan empat Adun pemerintah yang menarik balik sokongan ke atas pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.



Empat Adun itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).



DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 14 kerusi dipegang BN, Bersatu (dua) manakala PH yang dianggotai DAP (tujuh), PKR (dua), Amanah (dua) dan Bebas (satu).



BN Melaka yang kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mei 2018, dengan hanya menang 13 kerusi kembali menguasai tampuk pemerintahan negeri itu selepas berlaku pertukaran pemerintahan peringkat Persekutuan apabila pemerintah PH diganti dengan pemerintah Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai oleh BN.



Pemerintah BN Melaka disertai PN dan Adun Bebas bagi membentuk gabungan 17 Adun menggantikan PH yang hanya tinggal 11 Adun selepas dua Adun Bersatu, PKR (satu) dan DAP (satu) menyertai pakatan BN.



Timbul persoalan adakah Umno mampu melaksanakan strategi menggunakan Proklamasi Darurat untuk terus berkuasa?



Di bawah Perkara 150 (1), Perlembagaan Persekutuan; jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.



Masalahnya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini bercuti di luar negara hingga 30 Oktober ini dan Yang di-Pertua Negeri Melaka pula tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.



Proses mendapatkan Proklamasi Darurat memerlukan masa agak lama dan pemohon perlu meyakinkan Yang di-Pertuan Agong keperluan proklamasi tersebut.



Berdasarkan situasi kini, pandemik Covid-19 sudah mula reda dan Melaka sudah masuk Fasa 3, Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober lepas.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik setelah mengambil kira penilaian risiko semasa Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).



Bagaimana Datuk Ismail Sabri dan bukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang akan mengadap Yang di-Pertuan Agong memohon Proklamasi Darurat bagi meyakinkan Baginda keadaan di Melaka memerlukan darurat sedangkan laporan jabatan dan agensi pemerintah semuanya positif ke arah pemulihan sepenuhnya.



Sudah tentu Yang di-Pertuan Agong sendiri boleh menilai niat BN untuk terus berkuasa dan bukannya alasan pandemik Covid-19 yang kini sudah menjadi endemik dalam kehidupan harian penduduk negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >