Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

'Umno komited terus sokong Anwar demi kestabilan negara'

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



BANGI: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata parti itu kekal komited menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri Malaysia, sehingga tamat tempohnya demi kestabilan politik negara.



Beliau berkata ini adalah selaras dengan ketetapan yang telah dicapai semasa Perhimpunan Agung parti itu pada Januari 2023.



"Maka, apabila kita menyokong kerajaan ini, ia bermakna Datuk Anwar adalah Perdana Menteri (sehingga tamat tempohnya)... supaya negara stabil," katanya kepada para wartawan selepas pelancaran Program Inkubator Sukan Dron di Universiti Kebangsaan Malaysia, pada Isnin.



Datuk Ahmad, yang juga timbalan menteri kewangan, berkata pendirian itu adalah berikutan satu dikri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang ingin melihat Datuk Anwar sebagai perdana menteri terakhir yang dilantik semasa beliau menjadi Yang Dipertuan Agong.



Datuk Ahmad, yang juga Anggota Parlimen (AP) Pontian, menggesa lain-lain anggota Parlimen supaya menghormati dikri Yang Dipertuan Agong itu demi memastikan kestabilan politik di negara ini dapat dicapai.



Datuk Ahmad berkata, arena politik negara kini stabil dengan penubuhan sebuah kerajaan perpaduan, yang mendapat sokongan 148 anggota Parlimen - iaitu lebih daripada dua pertiga majoriti.



"Sejak pilihan raya umum 2004, baru ini kita mempunyai majoriti sebanyak ini," katanya.



Semasa berucap di Parlimen, Yang diPertuan Agong mengalu-alukan kesepakatan yang dicapai oleh kerajaan perpaduan.



Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Anwar kerana dilantik sebagai perdana menteri Malaysia ke-10, dan pelantikan anggota-anggota Kabinet kerajaan perpaduan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >