Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

POLITIK MALAYSIA

Umno mahu pertahan kerusi Parlimen, jadi dominan semula selepas PRU-15

Oct 03, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan Umno akan mempertahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.



"Umno tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).



"Ketetapan ini bukan hanya oleh MKT (Majlis Kerja Tertinggi) tetapi ia lahir daripada suara akar umbi yang mahu Umno menjadi dominan semula selepas PRU-15," katanya.



Kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebooknya itu kelmarin sekali gus membayangkan keputusan Umno meneruskan lejangannya tanpa memperkirakan sekutu Muafakat Nasional (MN), Parti Islam SeMalaysia (PAS), dalam berdepan gagasan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Umum mengetahui PAS adalah sekutu PN.



Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, Umno sedia maklum ada parti lain bertanding di kawasan sama, namun menyedari itu lumrah sebuah negara demokrasi.



Namun, kekuatan Umno dan akar umbinya yang bangkit tidak harus sesekali diperkecil.



"Umno parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini. Kemenangannya sangat signifikan dalam memastikan kestabilan yang kukuh.



"Dominan bukan pula bermaksud angkuh tetapi kewajipan mengembalikan Umno sebagai sebuah parti yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan," katanya.



Antara Ahli Parlimen Umno yang menyertai Bersatu ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut); Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).



Selain itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli); Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor); Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing).



Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Mohd Fasiah Mohd ,Fakeh (Sabak Bernam) juga meninggalkan Umno selepas PRU-14.



Datuk Ahmad Zahid, dalam hantaran di laman Facebooknya juga berkata, Umno mengambil pendirian menolak pembentukan gabungan politik Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 dan berdiri teguh memperkasa Barisan Nasional (BN).



"Keputusan Umno tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang telah dimuktamadkan. Ia bukan sekadar satu ketetapan oleh Majlis Tertinggi tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi pada Perhimpunan Agung Umno 2020," katanya.



Mengulas pembentukan kerajaan Keluarga Malaysia, Datuk Ahmad Zahid berkata, ia adalah "kerajaan sementara" bagi memastikan kelangsungan pentadbiran yang bersifat sementara sebelum Parlimen dibubarkan. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >