Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Umno mungkin pecat lagi anggota minggu ini?

Sep 12, 2023 | 01:40 PM



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Encik Isham Jalil, mendakwa ada beberapa ahli parti termasuk dirinya mungkin dipecat keahlian.


Katanya, ia susulan ada ahli dan pemimpin Umno begitu lantang mengkritik keputusan kepimpinan parti untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menyertai pilihan raya.

Jelasnya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, beliau turut mendengar bahawa namanya antara yang tersenarai dalam mereka yang bakal dipecat.

“Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli Umno akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai. Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya,” katanya.

Encik Isham berkata, pemecatan itu juga dikaitkan dengan kenyataan beliau kononnya menyuruh ahli Umno jangan mengundi PH pada pilihan raya, lapor Harian Metro.


“Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli Umno supaya jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan Umno. Boleh lihat dalam live (siaran) saya beberapa bulan lalu di Facebook,” katanya.


Encik Isham menjelaskan sebuah akhbar berbahasa Cina menulis kononnya beliau berkata jangan undi PH, dan perkara itu tidak betul.

“Mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan, dan pembetulan ini telah pun saya maklumkan kepada MKT melalui WhatsApp beberapa bulan yang lalu semasa isu ini timbul,” katanya.

Encik Isham berkata, walaupun berpandangan berbeza daripada segi dasar dan halatuju parti, beliau tidak pernah mengkritik sesama MKT secara terbuka.

Dalam isu setuju bergabung dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan, Encik Isham berkata, beliau bersetuju mengenai perkara itu ketika menjawat jawatan Ketua Penerangan Umno.

“Ya, saya setuju sebab itu titah SPB YDP (Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan) Agong untuk bentuk kerajaan pada ketika itu. Tetapi saya tidak pernah setuju untuk pergi pilihan raya dengan PH.

“Berada dalam kerajaan dan pergi pilihan raya bersama adalah dua perkara yang berbeza. SPB YDP Agong tidak pernah titah kita pergi pilihan raya bersama PH. Jangan campur adukkan dua perkara ini,” tegasnya.

Encik Isham menyangkal dakwaan yang menyatakan ada pihak yang menyokongnya.

“Siapa ada di belakang saya? Mungkin akar umbi. Sahabat saya Datuk Seri Najib (Razak) Bossku pun masih dipenjara. Saya minta supaya kerajaan dan kepimpinan Umno beri keadilan kepada Bossku dan jangan lupakan dia,” katanya.

Sebelum ini Encik Isham mendakwa beliau tidak mahukan jawatan Ketua Penerangan Umno kerana ia memerlukan beliau untuk mempromosi DAP.

“Saya syukur tidak perlu menggalas tugas untuk menyuruh akar umbi kita sokong DAP kerana itu bertentangan dengan pendirian saya. Saya tidak gilakan jawatan, saya pernah tolak jawatan ahli lembaga pengarah GLC sebanyak dua kali.

“Dan pemimpin Pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi,” katanya.

Dimaklumkan mesyuarat MKT Umno dijadual berlangsung Rabu ini.

Pada Ahad, Encik Isham memberitahu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan kira-kira 27,000 undi Melayu.

Selain itu, Umno dan BN menunjukkan prestasi buruk pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu bulan lalu dipercayai akibat penolakan orang Melayu dan akar umbi parti.

Sebahagian besar ahli dan penyokong Umno dikatakan masih belum dapat menerima kerjasama politik yang dijalinkan antara parti itu dan PH terutamanya DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >