Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno tidak akan kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Parti terbesar dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Umno, tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama selepas keadaan darurat Malaysia berakhir pada Ogos ini.



Ini dinyatakan melalui surat yang diberi Umno kepada Bersatu baru-baru ini.



Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, surat itu yang menyatakan pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu dibuat selepas mengambil kira pandangan akar umbi.



Beliau berkata keputusan itu juga dibuat selepas menimbangkan kedudukan parti itu dalam kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19.



"Satu perjumpaan khas antara Umno, Bersatu dan PAS (Parti Islam SeMalaysia) diwakili lima pemimpin tertinggi setiap parti diadakan pada 15 Februari lalu.



"Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri meminta Umno supaya membuat pendirian jelas berhubung kedudukan kerjasama dengan Bersatu sebelum sebarang perundingan pengagihan kerusi dapat diteruskan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



"Oleh itu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengadakan mesyuarat pada 19 Februari lalu dan keputusan MKT sebulat suara bagi Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan keputusan MKT," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Datuk Ahmad berkata dua keputusan yang dicapai dalam mesyuarat MKT dan diutuskan kepada Perdana Menteri ialah mengenai tiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 dan Umno berpendapat kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.



Mengulas lanjut, beliau berkata Umno sentiasa berpegang pada pendirian bahawa bagi memastikan perpaduan yang dibina atas sebuah pakatan atau kerjasama politik, mesti berteraskan kejujuran dan keikhlasan demi menjaga kemaslahatan rakyat.



"Justeru, keputusan ini dicapai selepas mengambil kira pandangan akar umbi dan menimbangkan secara cermat, baik buruknya keberadaan dalam kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19," katanya.



Sementara itu, mengesahkan penerimaan surat itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata parti itu dijadual mengadakan mesyuarat petang semalam berhubung keputusan Umno menolak kerjasama dengan partinya dalam pilihan raya akan datang.



Katanya, mesyuarat Biro Politik Bersatu, kelmarin membincangkan mengenai surat Datuk Dr Ahmad Zahid kepada Tan Sri Muhyiddin yang bertarikh 26 Februari lalu bagi memaklumkan dua keputusan Umno itu.



"Sehubungan itu, Biro Politik mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan pada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, petang ini (petang semalam).



"Pendirian itu juga bakal dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang bersama parti komponen lain, iaitu PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan," katanya dalam satu kenyataan semalam. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >