Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Umno tolak kerjasama dengan Bersatu

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno memutuskan untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mahu mengelak "kemudaratan besar", selain ia tidak selaras dengan agenda penyatuan ummah.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendirian menolak Bersatu itu bukan diputuskan secara individu, sebaliknya dicapai secara bersama dengan pimpinan dan akar umbi parti.



Beliau menyatakan, jalinan kerjasama dengan Bersatu juga tidak rasional memandangkan parti itu diwujudkan dengan matlamat untuk menamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN).



"Apakah rasional Umno diasak dan didesak supaya bersama musuh dalam selimut," katanya dalam kenyataan semalam.



Datuk Seri Ahmad Zahid, yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk, menolak naratif Umno sebagai pemecah belah ummah hanya kerana menolak kerjasama dengan Bersatu.



Sebaliknya, beliau mendakwa usaha memecah belah bermula dengan kewujudan parti politik serpihan, bermula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bersatu, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), yang didakwa berpunca daripada krisis tamakkan kuasa.



"Pimpinannya malah pernah bersekongkol dengan DAP (Parti Tindakan Demokratik) yang mereka sendiri labelkan tidak selari dengan Melayu.



"Umno pula tetap Umno bersama BN membentuk sebuah gabungan rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama, serta tidak pernah memecahbelahkan kesatuan ummah, tidak pernah pernah merobek penyatuan bangsa Malaysia," katanya.



Datuk Seri Zahid berkata formula BN menerusi kerjasama antara Umno, MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan 'Friends of BN' (Rakan BN), adalah asas kukuh dalam memupuk kestabilan serta kemakmuran Malaysia selama ini.



"Justeru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pengundi harus berani menilai erti kestabilan dan kemakmuran dalam menetapkan pilihan.



"Usah terkhilaf membuat penentuan kerana penyatuan ummah dan rakyat Malaysia kini terletak di tangan anda," katanya.



Sementara itu, BN Selangor telah pun menyerahkan senarai calon di 22 kerusi parlimen negeri itu kepada kepimpinan BN.



Mengesahkan hal itu, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata bahawa 21 daripadanya merupakan calon muka baru.



"Kita sudah berunding dan hantar kepada 'Top 5' (lima pemimpin tertinggi) pada Rabu minggu lalu, tunggu diumum nanti dalam tempoh terdekat. Ada 21 muka baru kecuali saya satu-satunya muka lama.



"Saya juga sudah diberi sasaran oleh 'Top 5' untuk memenangi beberapa kerusi di Selangor, tapi tak boleh beritahu lagi. Kalau tidak, pembangkang akan tumpu kawasan itu nanti," katanya semalam.



Sebelum ini, desas-desus mengatakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz antara nama yang disebut sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor.



Selain Datuk Seri Zafrul, antara calon lain turut disebut termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Isham Jalil; Ketua Penerangan Umno, Encik Shahril Hamdan; Ketua Pemuda Umno Tanjong Karang, Datuk Mohd Shahrizal Sahri; dan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >