Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Undi berlangsung di Australia sebalik sekitaran mencabar

May 3, 2025 | 10:49 AM
Para pengundi di luar bandar Marrickville di Sydney pada 3 Mei.
Para pengundi di luar bandar Marrickville di Sydney pada 3 Mei. - Foto AFP

SYDNEY – Rakyat Australia mula mengundi pada 3 Mei dalam pilihan raya umum yang dipertandingkan dengan sengit, dengan isu seperti kos sara hidup, kebimbangan iklim dan tarif Presiden AS Donald Trump hangat diketengahkan.

Dari bandar padang pasir yang berdebu ke bandar pelabuhan, berjuta rakyat Australia akan memilih antara penyandang Perdana Menteri berhaluan kiri, Encik Anthony Albanese dan pencabar konservatif Encik Peter Dutton.

Konsensus meliputi banyak tinjauan pendapat menjelang hari pilihan raya menunjukkan Parti Buruh yang memerintah, diketuai Encik Albanese, akan memenangi penggal kedua.

“Kami akan kembali menang pilihan raya ini,” kata Encik Albanese kepada salah satu saluran media negara itu.

“Saya tidak akan lepaskan sebarang masalah sepanjang tiga tahun akan datang sekiranya saya dipilih semula,” tambah beliau.

Meskipun kurang beberapa peratusan mata dalam tinjauan, Encik Dutton berkata warga Australia “yang menyepi” akan tampil membuat kejutan.

“Saya fikir mereka akan ke kotak mengundi dan berkata, apa kata saya tidak mengundi Anthony Albanese untuk tempoh tiga tahun lagi,” kata Encik Dutton kepada satu lagi saluran media Australia.

Ditanya sama ada beliau akan kekal sebagai ketua pembangkang jika kalah, Encik Dutton berkata beliau hanya bercakap tentang kemenangan, tetapi menambah:

“Saya berusia 54 tahun. Saya masih muda, dan saya mempunyai semangat yang membara untuk negara ini.” – AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg