Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Undi percaya pada Muhyiddin dijadual 7 Sept

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Undian bagi menguji kepercayaan Dewan Rakyat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual berlangsung pada 7 September, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Saifuddin Abdullah.



Perkara ini katanya, berdasarkan aturan mesyuarat Parlimen.



"Buat masa sekarang, ini tarikhnya, dan notis telah dikeluarkan oleh speaker Dewan Rakyat supaya ia diadakan pada 7 September," kata Dato' Saifuddin dalam sidang media maya semalam yang dilaporkan berita Malaysiakini.



Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 6 September ini, dengan titah diraja dijadual pada hari pertama sidang.



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin kini sedang berdepan gesaan untuk mengadakan sidang Parlimen lebih awal, termasuk daripada pihak istana.



Ini menyaksikan perdana menteri mengadakan satu pertemuan khas selama dua jam kelmarin dengan pemimpin parti-parti politik dalam gagasan Perikatan Nasional (PN) di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan setelah itu, beberapa menteri pula mengadakan perjumpaan dengan Tan Sri Muhyiddin di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada lewat malam itu - juga dikatakan berlangsung lebih dua jam.



Setakat ini, media tidak dimaklumkan tentang hasil dua pertemuan tersebut.



Semalam, khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin akan meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut politik ketika ini.



Ia reda setelah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menafikan dakwaan tersebut, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Malah, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee, turut menyatakan "tidak mendengar desas-desus" perletakan jawatan oleh perdana menteri selain menafikan sidang khas Parlimen akan diawalkan berbanding jadual asal 6 September ini.



Sumber yang dipetik Malaysiakini berkata, Yang di-Pertuan Agong arah sidang parlimen pada 6 September ini dipercepatkan.



"Tuanku telah mengarahkan perdana menteri percepat tarikh (sidang Parlimen)," menurut sumber itu yang enggan dinamakan.



Menurutnya, yang merupakan seorang individu berpangkat tinggi, tiada tarikh khusus yang ditetapkan ketika sesi menghadap pagi tadi.



Bagaimanapun, difahamkan sidang patut diadakan lebih awal berbanding 6 September - iaitu tarikh yang telah ditetapkan untuk istiadat pembukaan sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini.



"Agong turut mengingatkan Muhyiddin berkenaan keperluan untuk membuktikan majoritinya di Parlimen, dan membuat apa yang perlu selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan," kataya lagi.



Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan yang perdana menteri perlu meletakkan jawatan jika beliau tidak lagi mempunyai keyakinan majoriti ahli Parlimen, kecuali jika Agong menitahkan agar Dewan Rakyat dibubarkan.



Tidak diketahui jika Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan persetujuannya untuk mengadakan sidang lebih awal seperti yang dititahkan Agong.



Krisis politik tercetus setelah Umno pada 3 Ogos lalu menyatakan keputusan menarik balik sokongan ke atas Tan Sri Muhyiddin, dan diikuti dengan bantahan serupa oleh parti-parti politik pembangkang dalam gagasan Pakatan Harapan (PH).



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, mencadangkan sesi Dewan Rakyat diadakan pada bulan ini untuk menentukan sama ada Tan Sri Muhyiddin mempunyai majoriti atau sebaliknya.



Menurut beliau, usul undi percaya harus dilakukan sebelum persidangan penuh Dewan Rakyat pada 6 hingga 30 September.



"Yang lebih sesuai, sukacita saya ingin mencadangkan bukan cadangan saya seorang (tetapi juga) cadangan Majlis Kerja Tertinggi Umno - sidang khas lebih awal daripada September untuk mengabsahkan (atau) tidak mengabsahkan kedudukan PM supaya perkara diselesaikan selebih awal sebelum sidang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong.



"Jadi masa masa yang sesuai pada 15 Ogos atau pertengahan bulan 8 agar perlu ada lebih kurang dua minggu lebih bagi menentukan PM yang baru," katanya dalam program bual bicara 'Politik Umno Terkini" di halaman Facebook NRChannelTV.




"Tuanku telah mengarahkan perdana menteri percepat tarikh (sidang Parlimen)...



Agong turut mengingatkan Muhyiddin berkenaan keperluan untuk membuktikan majoritinya di Parlimen, dan membuat apa yang perlu selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan."
- Seorang sumber merujuk kepada Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan yang perdana menteri perlu meletakkan jawatan jika beliau tidak lagi mempunyai keyakinan majoriti ahli Parlimen, kecuali jika Agong menitahkan agar Dewan Rakyat dibubarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >