Unilever henti pengambilan pekerja global akibat perang Iran
Unilever henti pengambilan pekerja global akibat perang Iran
Mar 31, 2026 | 5:45 PM
Unilever henti pengambilan pekerja global akibat perang Iran
Unilever, pengeluar sabun Dove dan ais krim Ben & Jerry’s, antara banyak produk lain, berkata pembekuan pengambilan pekerja sejagat “di semua peringkat” akan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan. - Foto REUTERS
LONDON: Syarikat gergasi produk pengguna, Unilever, telah menghentikan pengambilan pekerja baharu di seluruh dunia “di semua peringkat” bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan, berikutan kesan konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah, menurut memo yang diperoleh agensi berita Reuters.
Dalam memo itu yang dihantar kepada kakitangan syarikat tersebut pada lewat minggu lalu, Unilever berkata sekatan tersebut akan berkuat kuasa dengan serta-merta dan dibuat dengan mengambil kira “cabaran-cabaran besar” akibat perang Iran yang telah berlangsung selama sebulan.
Laporan berkaitan
Kempen boikot syarikat, produk pro-Israel
beri kesan besar di IndonesiaNov 12, 2024 | 1:48 PM
Inovasi dan pembaharuan kunci kelangsungan jenama F&B Mar 27, 2026 | 7:00 PM

