Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Unit perang siber Israel jadi tumpuan susulan serangan alat peranti Hezbollah

Sumber keselamatan Barat dakwa Unit 8200 perisikan rahsia Israel dalang serangan
Sep 19, 2024 | 1:23 PM
Orang ramai berkumpul di tempat kejadian letupan peranti yang berlaku di Saida, selatan Lebanon pada 18 September.
Orang ramai berkumpul di tempat kejadian letupan peranti yang berlaku di Saida, selatan Lebanon pada 18 September. - Foto AFP

LONDON/BAITULMAKDIS: Serangan ke atas alat kelui yang digunakan Hezbollah di Lebanon telah menjuruskan perhatian kepada Unit 8200 iaitu unit perisikan rahsia Angkatan Pertahanan Israel (IDF).

Demikian menurut sumber keselamatan Barat yang mendakwa unit tersebut terlibat dalam merancang operasi itu.

Pegawai Israel masih membisu mengenai operasi perisikan berani yang membunuh 12 orang pada 17 September dan mencederakan sekitar 2,800 yang lain.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh pada 18 September apabila alat radio genggam tangan – juga dikenali sebagai ‘walkie-talkie’ – yang digunakan oleh Hezbollah meletup.

Sumber kanan keselamatan Lebanon dan sumber lain memberitahu Reuters bahawa agensi pengintip Mossad Israel bertanggungjawab ke atas operasi canggih yang menyelitkan bahan letupan di dalam 5,000 alat kelui yang dipesan oleh Hezbollah daripada sebuah syarikat di Taiwan.

Satu sumber keselamatan Barat memberitahu Reuters bahawa Unit 8200, unit tentera yang bukan sebahagian daripada agensi pengintip, terlibat dalam peringkat pembangunan operasi menentang Hezbollah sejak lebih setahun.

Sumber itu berkata Unit 8200 terlibat dalam ujian teknikal dan bagaimana mereka boleh memasukkan bahan letupan semasa dalam proses pengilangan.

Tentera Israel enggan mengulas.

Pejabat Perdana Menteri Israel yang mengawasi agensi Mossad juga tidak segera menjawab ketika diminta mengulas.

Encik Yossi Kuperwasser, bekas pegawai perisikan tentera dan kini pengarah penyelidikan di Forum Pertahanan dan Keselamatan Israel, berkata tiada pengesahan bahawa unit perisikan tentera terbabit dalam serangan itu.

Tetapi beliau berkata anggota 8200 adalah antara kakitangan terbaik dan paling bijak dalam tentera Israel, berkhidmat dalam satu unit di pusat keupayaan pertahanan Israel.

“Cabaran yang mereka hadapi amat besar, sangat mencabar, dan kami perlukan orang yang terbaik untuk terlibat dalam perkara itu,” katanya.

Unit itu membangun dan mengendalikan alat pengumpulan perisikan dan sering disamakan dengan Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan awam yang jarang berlaku mengenai kegiatan unit itu, IDF berkata pada 2018 bahawa ia telah membantu menggagalkan serangan udara oleh Kumpulan Isis ke atas negara Barat.

Pada masa itu, ia berkata operasi unit itu bermula daripada pengumpulan risikan dan pertahanan siber kepada “serangan dan serangan teknologi.”

Walaupun Israel tidak pernah mengesahkan penglibatannya, Unit 8200 dilaporkan terlibat dalam serangan Stuxnet yang melumpuhkan kemudahan nuklear Iran dan beberapa siri operasi berprofil tinggi lain di luar Israel.

Unit itu secara berkesan adalah sistem amaran awal Israel, dan seperti kebanyakan pertubuhan pertahanan dan keselamatan yang lain, namun ia gagal mengesan serangan Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober.

Komandernya berkata bahawa beliau akan berundur.

Dalam surat peletakan jawatannya, beliau berbuat demikian kerana tidak berjaya memenuhi misinya.

Unit itu terkenal dengan budaya kerja yang menekankan pemikiran di luar kebiasaan bagi menangani isu yang sebelum ini tidak ditemui atau dibayangkan.

Ini membantu beberapa lulusan muda membangun sektor teknologi tinggi Israel dan beberapa syarikat terbesarnya.

“Sama ada masalah melibatkan kelemahan perisian, matematik, menggodam sesuatu... anda mesti mampu melakukannya sendiri,” kata Encik Avi Shua, lulusan Unit 8200, yang kemudian mengasaskan keselamatan awan Orca. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg