Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Usaha selamatkan mangsa gempa di Sulawesi dipergiat

Sekurang-kurangnya 34 maut dan ratusan cedera
Jan 16, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi 6.2 pada skala Richter di pulau Sulawesi Indonesia awal pagi semalam, yang menyebabkan sebuah hospital roboh dan bangunan lain mengalami kerosakan teruk, kata pihak berkuasa.



"Maklumat terkini yang kami ada adalah 26 orang meninggal dunia, semuanya di kota Mamuju," kata Encik Ali Rahman, ketua agensi mitigasi bencana setempat.



"Jumlah itu boleh bertambah tetapi kami berharap tidak... Ramai yang maut terkubur di bawah runtuhan," tambahnya.



Pusat gempa bumi itu terletak enam kilometer ke timur laut kota Majene pada kedalaman 10 kilometer.



Ribuan orang melarikan diri dari rumah mereka untuk berteduh di tempat yang selamat apabila gempa bumi itu melanda selepas 1 pagi semalam, yang merosakkan sekurang-kurangnya 60 rumah, menurut agensi itu.



Maklumat awal daripada agensi mitigasi bencana negara itu menunjukkan empat orang meninggal dunia dan 637 yang lain cedera di Majene, sementara terdapat tiga lagi kematian dan 24 orang cedera di wilayah kejiranan Mamuju.



Lebih 12 pesakit dan kakitangan terperangkap di bawah runtuhan sebuah hospital yang roboh akibat gempa bumi di Mamuju.



"Hospital itu rata - ia roboh," kata Encik Arianto dari agensi penyelamat di kota Mamuju.



"Terdapat pesakit dan kakitangan hospital yang terperangkap di bawah runtuhan dan kami kini sedang cuba menyelamatkan mereka," tambah beliau, tanpa memberi sebarang perangkaan.



Seorang penduduk Mamuju, iaitu ibu kota Sulawesi Barat, berkata kerosakan yang berlaku di kota itu meluas.



"Jalan raya retak dan banyak bangunan roboh, termasuk pejabat gabenor dan juga hospital. Hospital telah jadi rata," kata Encik Hendra, 28 tahun.



"Gempa buminya kuat… Saya terbangun dan lari bersama isteri saya," tambahnya.



Agensi pencarian dan penyelamat mengesahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu hotel yang roboh selepas gempa bumi melanda pada 2.18 pagi semalam.



Tinjauan Geologi Amerika Syarikat berkata pusat gempa bumi terletak 36 kilometer ke selatan Mamuju dan gempa bumi itu mempunyai kedalaman 18 kilometer.



Gambar-gambar yang diberikan agensi pencarian dan penyelamat itu menunjukkan apa yang kelihatan seperti rangka besi bangunan dan reruntuhan puing dekat sebuah hospital setempat.



Satu lagi menunjukkan pegawai penyelamat memeriksa dua beradik perempuan yang terperangkap di bawah runtuhan, namun tidak jelas di manakah mereka terperangkap.



Gempa bumi itu dirasakan selama sekitar tujuh saat tetapi tidak mencetuskan amaran tsunami.



Video di media sosial menunjukkan penduduk yang menaiki motosikal melarikan diri ke tempat lebih tinggi, dan seorang kanak-kanak terperangkap di bawah runtuhan sedang orang ramai cuba mengangkat reruntuhan puing itu.



Beberapa bangunan mengalami kerosakan teruk, termasuk dua hotel, pejabat gabenor, dan sebuah pusat membeli-belah, kata wartawan, Encik Sudirman Samual, yang berpangkalan di Mamuju, kepada Reuters.



Sekurang-kurangnya satu laluan ke Mamuju telah tertutup, kata beliau, disebabkan kerosakan pada jambatan.



Beberapa jam sebelum itu kelmarin, gempa bumi 5.9 pada skala Richter melanda di daerah yang sama dan merosakkan beberapa rumah.



Agensi bencana Indonesia berkata satu siri gempa bumi yang berlaku dalam 24 jam lalu telah menyebabkan sekurang-kurangnya tiga kejadian tanah runtuh, dan bekalan elektrik terputus. - Reuters, AFP.




"Hospital itu rata - ia roboh... Terdapat pesakit dan kakitangan hospital yang terperangkap di bawah runtuhan dan kami kini sedang cuba menyelamatkan mereka."
- Encik Arianto dari agensi penyelamat di bandar Mamuju, tanpa memberi sebarang perangkaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >