Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usul undi yakin ke atas Anwar dapat perkukuh kerajaan, kata beberapa AP M'sia

Ada turut puji 'keberanian' PM Anwar bagi uji keabsahan kerajaan pimpinannya
Dec 14, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Usul undi yakin yang akan diadakan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan memperkukuh kestabilan pentadbiran serta menghentikan segala pertikaian politik, menurut beberapa Ahli Parlimen (AP).



AP Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan parti lain yang menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Anwar telah berikrar untuk menyokong beliau di sidang Parlimen minggu depan, lapor The Star.



Mereka turut mengalu-alukan usaha pengerusi PH itu untuk menguji keabsahan kerajaan pimpinannya walaupun tidak wajib melakukan demikian.



Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) akan mengikut keputusan pucuk pimpinannya.



AP Bayan Baru daripada PH, Encik Sim Tze Tzin, berkata dalam pilihan raya umum sebelum ini, isu keabsahan tidak pernah timbul kerana kerajaan jelas memiliki undi majoriti.



Namun selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), keputusannya melahirkan Parlimen tergantung buat kali pertama dalam sejarah Malaysia dan muncul tanda tanya tentang keabsahan oleh pihak pembangkang.



"Oleh itu, pujian perlu diberi kepada Datuk Anwar kerana berani dan yakin menguji keabsahan kerajaannya menerusi undi yakin.



"Ini jelas menunjukkan kepimpinan dan keberaniannya," ujarnya.



Encik Sim berkata semasa kerajaan sebelum ini ditukar di tengah-tengah penggal, pengerusi PN dan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak mengadakan usul undi yakin dan menggantung sidang Parlimen.



Tambahnya, undi yakin akan mengakhiri segala pertikaian politik oleh pihak pembangkang.



Sementara itu, pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata sokongan BN bagi kerajaan perpaduan Datuk Anwar masih kekal.



"Adalah wajar kita harus menyokong kerajaan sekarang ini.



"Berkenaan dakwaan yang menyatakan bahawa mungkin akan ada perbezaan pendapat dalam BN... saya rasa ini tidak benar," ujar beliau.



Walaupun Datuk Anwar tidak perlu mengambil langkah kemukakan usul undi yakin, beliau, yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), mahu jelas membuktikan bahawa kerajaannya sah dan mempunyai sokongan majoriti.



"Beliau telah memilih pendekatan itu dan saya rasa kita harus menghormati keputusannya.



"Sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam, saya tentunya akan menyokong kerajaan yang berkhidmat sekarang ini," ujar Datuk Hasni.



AP Titiwangsa daripada BN, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Datuk Anwar akan mendapat sokongan kukuh daripada barisan AP yang menyokong kerajaan perpaduan.



"Sekarang ini saja, beliau mempunyai sokongan daripada lebih 140 AP.



"Ada 82 (AP) daripada PH, 30 orang daripada BN, 23 orang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), enam daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan tiga daripada Parti Warisan (Warisan)," katanya.



Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Datuk Anwar berhak untuk membentangkan usul undi yakin terhadap kepimpinannya di Parlimen pada 19 Disember nanti.



"Pandangan peribadi saya sangat mudah, di bawah Sistem Westminster, semua orang boleh mengusulkan undi yakin.



"Bagi perdana menteri, yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan (sokongan daripada) sebuah gabungan besar, untuk bentangkan usul yakin, maka dia seorang yang berani kerana dia mahu AP menunjukkan sokongan mereka kepadanya," kata Datuk Azalina sambil menambah bahawa kebanyakan perdana menteri tidak mahu membentangkan usul yakin terhadap mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >