Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Varian Covid-19 JN.1 dikesan di Arab Saudi

Dec 22, 2023 | 04:04 PM



RIYADH: Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi berkata mereka telah mengesan varian terbaru Covid-19 – JN.1 – tetapi berkata ia tidak perlu dibimbangkan.


Pihak Berkuasa Kesihatan Awam pemerintah berkata ia telah memantau penyebaran tempatan varian, JN.1, yang menyumbang 36 peratus daripada kes di negara tersebut, lapor Gulf News.


“Ini tidak disertai dengan sebarang peningkatan kemasukan ke Unit Jagaan Rapi (ICU),” kata agensi pemerintah itu yang dikenali sebagai Weqya, dalam akaun X-nya pada 21 Disember.


“Weqya mengesahkan tiada apa yang perlu dikhuatirkan,” tambahnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menarik perhatian bahawa varian JN.1 dikesan sebagai sebahagian daripada varian induknya BA.2.86 – juga dikenali sebagai varian ‘Pirola’ dan merupakan varian yang menjadi keprihatinan WHO.

Sungguhpun risiko kesihatannya dinilai rendah, penyebaran varian tersebut di seluruh dunia mendorong badan tersebut untuk menyenaraikannya sebagai varian yang berasingan.

JN.1 sudah timbul “sejak seketika dahulu” dengan WHO melaporkan ia telah mengumpul contoh terawal varian tersebut pada 25 Ogos.

Sekurang-kurangnya dua pakar memberitahu agensi berita Reuters bahawa walaupun varian itu boleh menembusi sistem imun dan mendorong lebih banyak varian untuk beredar, ia tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit yang lebih serius.


Sistem kesihatan awam yang kukuh di Arab Saudi telah memainkan peranan penting dalam menangani pandemik Covid-19, dengan usaha menjalankan vaksinasi, kesedaran awam dan prasarana penjagaan kesihatan.

Arab Saudi telah menarik balik sekatan berkaitan wabak secara beransur-ansur, membuka semula perniagaan dan pelbagai kegiatan di negara itu.

Pengalaman negara itu dalam menangani cabaran kesihatan sebelum ini, seperti wabak MERS-CoV, telah menyumbang kepada kesiapsiagaan dan strategi tindak balas mereka, tambah Weqya.

“Perkembangan ini mengingatkan kita tentang sifat dinamik pandemik dan keperluan untuk terus waspada serta penyesuaian strategi kesihatan awam yang berterusan,” ujar Weqya.

Pada awal 2023, kira-kira 1.8 juta umat Islam mengerjakan haji tahunan di Arab Saudi buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun selepas sekatan berkaitan wabak itu ditarik balik.

Walaupun terdapat penyebaran varian JN.1, pengumuman oleh Weqya menunjukkan situasi yang terkawal, kemungkinan besar disebabkan oleh kadar vaksinasi yang tinggi dan langkah kesihatan awam yang telah dilaksanakan.

Pihak berkuasa terus menekankan kepentingan vaksinasi dan pematuhan kepada garis panduan keselamatan untuk mengelakkan penyebaran Covid-19. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >