Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video pertama pekerja terperangkap dalam terowong di India

Sebuah kamera telah merakam 41 pekerja yang terperangkap dalam terowong di negeri Uttarakhand, India buat kali pertama dalam sembilan hari.
Nov 21, 2023 | 03:29 PM



NEW DELHI: Sebuah kamera telah membuat rakaman 41 pekerja yang terperangkap dalam sebuah terowong di negeri Uttarakhand di India buat kali pertama dalam sembilan hari.


Video itu dirakam menggunakan kamera endoskop yang dimasukkan ke dalam paip baru yang digerudi ke dalam terowong itu pada Isnin.

Pasukan penyelamat juga menggunakan paip itu untuk memberi pekerja tersebut makanan panas buat kali pertama dalam beberapa hari, lapor BBC News India pada Selasa.


Selama ini, mereka makan makanan ringan yang dihantar melalui paip yang lebih kecil yang dimasukkan sebelum ini.

Terowong yang dalam pembinaan itu roboh selepas satu tanah runtuh.

Kejadian itu berlaku pada pagi 12 November di daerah Uttarkashi di utara negeri itu.

Hubungan dengan pekerja terperangkap diwujudkan tidak lama selepas itu dan mereka diberi oksigen, makanan dan air sejak itu.

Pada petang Isnin, operasi menyelamat menyaksikan kejayaan selepas penyelamat dapat menolak paip berukuran sekitar 15 sentimeter diameter melalui runtuhan di dalam terowong itu.

Pegawai memasukkan kamera kecil yang dipasang pada kabel fleksibel ke dalam paip itu dan menggunakannya bagi merakam pekerja yang terperangkap.

Dalam video yang diberikan kepada akhbar, penyelamat dilihat menonton rakaman pada skrin komputer di luar terowong tersebut.

Seorang pegawai meminta para pekerja itu muncul di hadapan kamera dan tersenyum serta melambai – mereka dilihat memberi tindak balas kepada arahan tersebut .

Beliau juga memberitahu mereka bahawa mereka akan diselamatkan tidak lama lagi dan kemudian meminta mereka mengenal pasti diri mereka di hadapan kamera.

Komunikasi nampaknya dilakukan melalui walkie-talkie, kerana salah seorang pekerja dalam video itu memegang alat itu di tangannya.

Para pekerja itu, yang kebanyakannya memakai topi keledar dan jaket keselamatan, dilihat berdiri dalam separuh bulatan berhampiran kamera.

Pegawai itu kemudian memberitahu mereka paip itu akan dibersihkan tidak lama lagi dan air akan dihantar kepada mereka.


Paip baru lebih lebar daripada paip sebelumnya, yang dimasukkan pegawai ke dalam terowong itu beberapa jam selepas kejadian.


Kerana paip itu kecil, hanya makanan ringan tertentu, seperti buah-buahan kering, boleh diberikan kepada para pekerja itu selama ini.


Paip itu juga digunakan untuk membekalkan oksigen kepada mereka.


Pegawai telah berkata paip baru yang lebih besar akan membantu membekalkan pekerja itu dengan lebih banyak oksigen, makanan dan keperluan lain, seperti ubat-ubatan, telefon bimbit dan pengecas.

Pasukan penyelamat telah pun menggunakannya untuk memberi para pekerja itu makanan panas pertama mereka, iaitu khichdi (hidangan nasi bersama kacang dal) yang dimasukkan ke dalam botol.


Operasi itu, yang memasuki hari ke-10 pada Selasa, mengalami beberapa kelewatan dan halangan, terutamanya disebabkan tanah gembur dan serpihan yang jatuh.

Terdapat rancangan lubang cukup luas untuk menampung paip 900 mm, yang boleh digunakan pekerja untuk merangkak keluar dari terowong itu.

Bagaimanapun, pada Isnin, pegawai berkata mereka cuba menggali dua lagi terowong di tepi terowong utama sebagai terowong tambahan untuk menyelamatkan mereka.

Pada Ahad, Menteri Lebuh Raya dan Jalan Raya Persekutuan, Encik Nitin Gadkari, melawat tapak tersebut dan berkata operasi menyelamat boleh diteruskan selama “dua hingga tiga hari”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >