Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video seks sejenis: Azmin minta Anwar cermin diri sendiri

Jul 18, 2019 | 12:18 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Azmin Ali, telah meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim muhasabah diri selepas presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata beliau harus meletak jawatan sekiranya individu dalam video itu sah dirinya.



Datuk Seri Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata demikian semasa mengulas tentang komen Datuk Seri Anwar baru-baru ini.



Menurut Datuk Seri Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, pada mulanya beliau berpendapat bahawa Datuk Seri Azmin tidak perlu mengundur diri.



Namun, perkembangan terkini dalam siasatan kes itu harus diambil kira juga, tambahnya.



“Ini bergantung pada sama ada polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)... telah memastikan kebenaran video itu. Dan jika beliau sah dikenal pasti, beliau perlu meletak jawatan,” kata Datuk Seri Anwar dalam satu sidang media semalam (17 Julai).



Sementara itu, Utusan Online melaporkan Datuk Seri Azmin sebagai berkata:



“Baca gerak bibir saya. Beritahu dia (Anwar), dia patut lihat dirinya dalam cermin.



“Muhasabah. Suruh Anwar untuk muhasabah. Tolong lihat dirinya sendiri.”



Pergolakan dalam parti itu semakin jelas, dengan 23 anggota jawatankuasa pusat PKR mengkritik langkah Datuk Seri Anwar memberi komen tentang Datuk Seri Azmin itu, lapor portal berita Malay Mail.



Menurut mereka, Datuk Seri Anwar sepatutnya menggunakan kedudukan dan pengruhnya untuk membantu Datuk Seri Azmin dalam kejadian ini, bukan menggasir timbalannya dengan spekulasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >