Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vietnam sita kapal China dekat Laut China Selatan

Apr 04, 2016 | 09:26 AM



TELUK SUBIC (Filipina): Vietnam menjadi negara terbaru terlibat dalam ketegangan dengan China berkaitan kegiatan menangkap ikan di perairan apabila ia menyita sebuah kapal China dengan tiga orang di atasnya di Teluk Tonkin, berhampiran Laut China Selatan.

Kapal itu membawa 100,000 liter minyak diesel yang menurut kaptennya adalah untuk bot-bot nelayan China yang beroperasi di kawasan tersebut, lapor akhbar The Wall Street Journal, memetik akhbar An Ninh Thu Do, pada Ahad (3 Apr).

Tindakan Vietnam itu dilihat sebagai satu langkah yang jarang dilakukannya, yang telah menuduh kapal nelayan China menceroboh perairannya pada masa lalu tetapi tidak hingga bertindak membuat tangkapan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan, kapal China, yang sering dikatakan disertai kapal pengawal pantai negara itu, terlibat dalam masalah dengan pihak berkuasa maritim Malaysia dan Indonesia kerana didakwa menangkap ikan di perairan yang dituntut oleh negara-negara tersebut.

Tindakan Vietnam itu juga berlaku sedang kapal selam Jepun, diiringi dua kapal pemusnah peluru berpandu, tiba di Filipina pada Ahad (3 April) bagi latihan ketenteraan tahunan antara Filipina dan Amerika Syarikat yang bertujuan menunjukkan kekuatan di tengah-tengah ketegasan China yang semakin meningkat di Laut China Selatan.

Oyashio, yang mempunyai 70 anak kapal, ialah kapal selam Jepun pertama melawat Filipina dalam 15 tahun. Antara kapal selam terbaru dan terbesar Tentera Maritim Pertahanan Diri Jepun, ia berlabuh di Teluk Subic, bekas pangkalan tentera Amerika 130 km ke utara Manila.

Ia diiringi kapal pemusnah Ariake dan Sidogiri.

Tiga kapal perang itu akan menyertai latihan antikapal selam tiga hari dekat Teluk Subic, menurut Kapten Hiroyuki Yoshino, ketua Kapal Selam Latihan Bahagian 1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >