Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vivian temu Prabowo semasa lawatan 4 hari ke Jakarta

Sampaikan ucap tahniah atas kemenangannya
dalam Pilihan Raya Presiden
Apr 24, 2024 | 06:10 PM



JAKARTA: Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, bertemu dengan bakal presiden baru Indonesia, Encik Prabowo Subianto, sebagai sebahagian daripada lawatan empat harinya ke ibu negara Jakarta.


Dr Balakrishnan bertemu Encik Prabowo di pejabat Kementerian Pertahanan Indonesia di Jakarta Pusat, selepas tiba di bandar itu pada 23 April.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Balakrishnan berkata beliau menyampaikan ucapan tahniah bagi pihak Presiden Tharman Shanmugaratnam; Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

Menurut keputusan rasmi pada Mac, Encik Prabowo, yang kini Menteri Pertahanan Indonesia, memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 14 Februari, dengan menerima lebih 58 peratus daripada jumlah undi.

Dr Balakrishnan berkata Encik Prabowo telah menjadi rakan setia Singapura, dan ia adalah satu penghormatan untuk menyambungnya semula.

“Beliau adalah seorang patriot dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat Indonesia,” kata Dr Balakrishnan.

“Selama beberapa dekad, beliau juga telah memberikan sumbangan yang tidak terkira untuk menjalin persahabatan, persefahaman dan kerjasama antara negara kita.”

Menurutnya, semasa pertemuan itu, mereka membincangkan kesan isu strategik sejagat ke atas Asia Tenggara dan mengesahkan hubungan dua hala yang sangat baik.

Dalam kenyataan pada 23 April, Kementerian Pertahanan Indonesia berkata Encik Prabowo “sangat gembira” melihat usaha kedua-dua negara dalam mengukuhkan kerjasama pertahanan, memastikan keselamatan maritim, dan meningkatkan kapasiti dan keupayaan ketenteraan.

“Selaras dengan kerjasama erat antara Indonesia dengan Singapura, terdapat banyak potensi untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor pertahanan, termasuk industri pertahanan, operasi dan latihan ketenteraan, serta pendidikan,” katanya.

Pada 23 April, Dr Balakrishnan turut menganjurkan jamuan makan tengah hari untuk pengerusi Kumpulan Arsari, Encik Hashim Djojohadikusumo, dan anak perempuannya, Cik Sara Djojohadikusumo, yang merupakan naib pengerusi parti politik Gerindra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >