Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vivian temui Menteri Ehwal Luar Turkey, bincang peluasan eksport makanan ke S'pura

Jun 26, 2022 | 08:23 PM



SINGAPURA telah berbincang tentang usaha memperluas import produk pertanian dan makanan dari Turkey sewaktu sesi perbincangan diadakan pada Sabtu (25 Jun) di ibu kota Turkey, Ankara.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, mengutarakan tentang perkara ini kepada Menteri Ehwal Luar Turkey, Encik Mevlut Cavusoglu di samping menyentuh tentang kerjasama yang kian tumbuh dalam perdagangan dan pelaburan antara Singapura dan Turkey.



Syarikat Singapura merupakan pelabur jangka panjang di Turkey, kata MFA.



Di sebalik pandemik yang melanda, perdagangan dua hala dalam barangan meningkat 50 peratus tahun lalu - peningkatan yang bersejarah.



Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA) mengendalikan Pelabuhan Mersin, salah sebuah pelabuhan terbesar Turkey.



Pada 2011, firma yang tersenarai di Singapura, Olam, memperolehi Progida Group, pengeksport utama kacang hazel di Turkey.



Olam-Progıda kini adalah pengeluar kedua terbesar kacang hazel di Turkey dengan kemudahan di kawasan Lautan Hitam.



Dr Balakrishnan juga berbincang dengan rakan sejawatannya tentang peranan strategik Turkey yang diperluaskan serta status hab di simpang antara Asia dan Eropah.



Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan geostrategik termasuk situasi di Ukraine.



MFA berkata Dr Balakrishnan memuji usaha Turkey mencari huraian bagi memudahkan eksport bijirin secara selamat dari pelabuhan Ukraine.



Beliau juga mengalu-alukan kerjasama mendalam antara Asean dengan Turkey.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >