Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita didakwa pikat, ugut sami cetus skandal besar dalam institusi agama Thailand

Jul 16, 2025 | 4:21 PM
Para sami Buddha berjalan menuju ke arah patung Buddha gergasi sempena sambutan Hari Asalha Bucha di bandar Narathiwat, selatan Thailand, pada 10 Julai 2025. Skandal melibatkan dakwaan hubungan seksual dan pemerasan kini menggoncang institusi keagamaan Buddha di negara itu. 
Para sami Buddha berjalan menuju ke arah patung Buddha gergasi sempena sambutan Hari Asalha Bucha di bandar Narathiwat, selatan Thailand, pada 10 Julai 2025. Skandal melibatkan dakwaan hubungan seksual dan pemerasan kini menggoncang institusi keagamaan Buddha di negara itu.  - Foto AFP

BANGKOK: Seorang wanita yang didakwa memikat dan memeras ugut sami-sami kanan Buddha dengan tuntutan wang dalam jumlah besar telah ditahan, dalam satu kes yang menggemparkan institusi agama di Thailand, lapor CNN.

Wilawan Emsawat, yang kini berusia pertengahan 30-an, ditahan pada 15 Julai di rumahnya di wilayah Nonthaburi, terletak di utara Bangkok.

Dikenali secara meluas dengan nama samaran “Sika Golf”, dia kini berdepan pelbagai tuduhan, termasuk pemerasan, pengubahan wang haram dan menerima harta curi, menurut Biro Siasatan Pusat Thailand (CIB), seperti yang dilaporkan CNN.

Pihak berkuasa mendakwa Sika Golf sengaja mensasarkan sami-sami berpangkat tinggi untuk mengaut keuntungan kewangan, dengan menggoda mereka ke dalam hubungan intim sebelum menuntut bayaran agar hubungan itu tidak didedahkan.

Sekurang-kurangnya sembilan ketua sami dan sami kanan telah digugurkan dan disingkirkan daripada dunia keagamaan berikutan siasatan kes ini, menurut CIB.

Polis mendedahkan bahawa mereka telah menjejaki pemindahan dana daripada akaun kuil termasuk satu kuil di utara Thailand ke dalam akaun bank milik Sika Golf.

Menurut CNN, siasatan mendapati wanita itu menerima kira-kira 385 juta baht (S$15.22 juta) dalam tempoh tiga tahun lalu, yang sebahagian besarnya dipercayai dibelanjakan untuk perjudian atas talian.

Skandal ini mula terbongkar selepas seorang ketua sami dari sebuah kuil terkenal di Bangkok tiba-tiba meninggalkan dunia keagamaan. Timbalan Pesuruhjaya CIB, Encik Jaroonkiat Pankaew, memberitahu media bahawa sami berkenaan telah diperas ugut oleh Sika Golf yang mendakwa dirinya hamil dan menuntut sebanyak 7.2 juta baht sebagai sokongan.

“Wanita ini berbahaya dan kami perlu menahannya secepat mungkin,“ ujar Encik Jaroonkiat dalam sidang media, seperti yang dilaporkan oleh CNN.

Laporan media tempatan yang dipetik CNN turut menyatakan bahawa pemeriksaan forensik ke atas peranti mudah alih milik Sika Golf mendedahkan puluhan ribu imej, video dan rekod perbualan yang menunjukkan adanya hubungan seksual dengan beberapa sami.

Pihak berkuasa percaya sebahagian bahan ini mungkin digunakan untuk ugutan selanjutnya.
Setakat ini, Sika Golf belum mengeluarkan sebarang kenyataan selepas penahanannya, dan tidak jelas sama ada beliau telah melantik peguam.

Namun begitu, sebelum ini beliau pernah memberitahu media tempatan bahawa beliau menjalinkan hubungan dengan seorang sami dan telah memberikan wang kepadanya.

Walaupun skandal membabitkan sami bukan sesuatu yang asing di Thailand, kes ini menonjol kerana skala dan tahap senioriti tokoh keagamaan yang terlibat. Ia turut mencetuskan semula perdebatan tentang ketelusan kewangan dalam institusi kuil.

Seperti yang dilaporkan CNN, Pemangku Perdana Menteri, Encik Phumtham Wechayachai, telah mengarahkan pihak berkuasa menyemak dan mungkin memperketatkan peraturan berkaitan kehidupan monastik dan kewangan kuil bagi “mengembalikan keyakinan terhadap agama Buddha”, menurut jurucakap kerajaan, Encik Jirayu Houngsub.

Sebagai langkah lanjut, CIB telah melancarkan satu halaman Facebook khas bagi membolehkan orang awam melaporkan salah laku oleh golongan sami.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg