Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga M’sia jatuh sakit akibat makan salji di Jepun

Jan 30, 2024 | 03:05 PM



Seorang warganet dari Malaysia, Encik Herman Rawi, sering memuat naik video di TikTok menunjukkan beliau mencuba bermacam jenis makanan, daripada ceri dan nektar hingga mi segera dan yang paling pelik baru-baru ini, salji.

Tetapi video muatannya pada 28 Januari memakan salji adalah satu-satunya video yang disertakan dengan amaran berjaga-jaga buat orang awam.

Bagi penduduk negara cuaca panas hampir masa sepanjang tahun, ramai di antara kita yang menggemari pencuci mulut sejuk seperti ais kacang dan bingsu.

Mungkin inilah sebabnya Encik Herman tidak dapat menahan diri apabila melihat salji.

Semasa lawatannya ke Yamagata, Jepun baru-baru ini, beliau merakamkan dirinya sedang makan bebola salji.

“Salah satu sebab aku demam, batuk selesema teruk dan sakit badan selama lapan hari di Jepun. Habis kacau itinerary,” tulis Encik Herman dalam posnya di TikTok.


Encik Herman mendakwa beliau pernah makan salji segar di Britain, semasa beliau belajar di sana dulu, dan tidak pernah jatuh sakit.

“Saya pernah makan salji semasa musim sejuk ketika saya belajar di UK beberapa tahun lalu. Saya sering pergi melihat salji segar di tempat yang tidak terganggu dan tidak pernah jatuh sakit,” katanya kepada portal berita alternatif Malaysia WeirdKaya.

Pelakon Hollywood Reese Witherspoon pada 19 Januari pula memuat naik video TikTok dirinya membuat “chococinno” dengan salji yang dicedok dari luar rumahnya.

“Ia tidak berbaloi dengan risiko, sama ada ia baru jatuh atau di atas tanah,” kata pakar pemakanan dan pakar diet Harriet Skevis.

Salji adalah penapis udara alam, hablur ais terbentuk apabila ia mengumpul habuk dan debunga dari udara. Kristal memerangkap lebih banyak bahan cemar apabila ia jatuh ke udara.




@hermanrawi

Biasalah kita melayu batak haha never again

♬ original sound - Herman Rawi - Herman Rawi

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >