Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Palestin sambut Aidilfitri seadanya di Gaza

Apr 11, 2024 | 02:38 PM



GAZA: Penduduk Palestin menziarahi kubur orang tersayang yang terkorban dalam perang Gaza dan mengerjakan solat Aidilfitri di sebelah runtuhan masjid dan di jalan-jalan raya yang musnah dek perang yang melanda.


Tidak seperti berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia yang menyambut Aidilfitri dengan penuh gembira sambil menjamu selera bersama kaum keluarga dan sanak saudara, penduduk Palestin masih diselubungi duka.

Selepas enam bulan perang hidup dalam konflik dan krisis kemanusiaan yang masih belum nampak noktahnya, tumpuan mereka adalah untuk menyelamatkan diri daripada serangan udara dan darat tentera Israel.

Seorang penduduk, Cik Amany Mansour, dan ibunya yang menziarahi kubur anak lelaki Cik Amany, berkata: “Aidilfitri lalu anak saya berada di sebelah saya, dalam dakapan saya.

“Dia akan pergi ke masjid pada waktu pagi dan minta saya siapkan hadiah untuknya apabila kembali dari masjid. Kesemua kebahagiaan yang saya kecapi kini hanya tinggal kenangan.”

Sementara itu, bagi Encik Mahmoud al-Hamaydeh pula, meskipun dilanda masalah kekurangan makanan, beliau tetap berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan sambil menjamu selera seadanya di pagi Raya.

“Saya sedih dan menangis melihat anak-anak saya, lebih-lebih lagi apabila mengenang kehidupan penuh sukar dan serba-serbi kekurangan,” kata Encik Mahmoud, yang menggunakan kerusi roda akibat kecederaan ekoran tentera Israel.

Perang meletus pada 7 Oktober apabila Hamas menyerang selatan Israel, membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain dijadikan tebusan.

Serangan balas dan berterusan Israel telah membunuh sekitar 33,000 rakyat Palestin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >