Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Singapura bayar saman $9,225 di Johor Bahru

Sep 30, 2019 | 10:24 AM



JOHOR BAHRU - Seorang warga Singapura membayar $9,225 untuk langsaikan 116 saman trafik tertunggak, sekurang-kurangnya satu yang dari 2000, di Johor Bahru Sabtu lepas (28 September) setelah dia ditahani di Muzium Tokoh dalam sebuah operasi.



Lelaki tersebut, dalam usia 60an, antara lebih 3000 orang yang ditahan seamsa operasi tiga hari, “Op Saman Tertunggak Warganegara Asing”, yang bermula pada jam 6 pagi Jumaat lalu, menurut Bernama.



Operasi tersebut merupakan operasi ke-10 dalam operasi bersiri itu, melibatkan 116 kakitangan. Ia dijalankan di kawasan Rehat dan Rawat Gelang Patah, Iskandar Puteri dan Muzium Tokoh, Jalan Lingkaran Dalam.



Sebanyak 3,174 saman tertunggak diselesaikan oleh 2,687 warga Singapura dan 487 warga Malaysia dalam operasi tersebut, menurut timbalan pengarah Jabatan Siasatan Trafik dan Penguatkuasaan Bukit Aman Penolong Kanan Pesuruhjaya Mohd Nazri Hussain.



Datuk Mohd Nazri berkata sebanyak 247,278 saman tertungak dilaporkan semenjak thun 2000, pengumpulan dari operasi menjangka mencecah $247,399 pada tengah malam semalam (29 September).



Beliau memberitahu bahawa pesalah trafik boleh memeriksa status saman mereka dan membuat bayaran di dua kiosk di pejabat divisyen trafik di ibu pejabat polis Johor Bahru Selatan.



“Bayaran juga boleh dilakukan di kaunter trafik COPS di semua ibu pejabat polis daerah, dan boleh memeriksa saman melalui portal MyEG dan rilek.com.my,” kata Datuk Nazri.





Beliau menambah bahawa setelah sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) dikuatkuasakan, pesalah trafik dari Singapura harus selesaikan saman mereka sebelum dibenarkan pulang ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >