Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura di Doha kongsi pengalaman lihat peluru berpandu Iran

Jun 24, 2025 | 5:35 PM
Encik Hashim Sidek berada di Qatar untuk menyambut ulang tahun pertama cucunya apabila Iran melancarkan serangan udara ke atas Pangkalan Udara Al Udeid, di Doha, Qatar.
Encik Hashim Sidek berada di Qatar untuk menyambut ulang tahun pertama cucunya apabila Iran melancarkan serangan udara ke atas Pangkalan Udara Al Udeid, di Doha, Qatar. - Foto ihsan HASHIM SIDEK, REUTERS

QATAR: Encik Hashim Sidek, 64 tahun, berada di sebuah pusat beli-belah di Doha bersama isteri, menantu dan cucunya pada 23 Jun apabila peluru berpandu muncul secara tiba-tiba di langit.

Ketika itu, beliau berada di Qatar untuk menyambut ulang tahun pertama cucunya apabila Iran melancarkan serangan udara ke atas Pangkalan Udara Al Udeid, yang merupakan pangkalan tentera Amerika Syarikat terbesar di Timur Tengah, lapor The Straits Times (ST).

“Secara tiba-tiba, orang ramai mula berlari ke arah pintu keluar ke tempat letak kereta,” katanya kepada ST pada 24 Jun.

Di luar bangunan, beliau melihat “dua peluru berpandu di langit dimusnahkan oleh dua peluru berpandu lain”.

“Kami cepat-cepat berlari ke kereta Uber yang kami tempah,” tambah Encik Hashim.

“Ramai orang sudah berada di luar. Mereka panik dan memandang ke langit melihat peluru berpandu itu.”

Beliau dan keluarganya berjaya masuk ke dalam kereta dan terus pulang ke apartmen menantunya.

Encik Hashim, seorang jurulatih tenis, tiba di Doha bersama isteri pada 22 Jun.

Anak mereka, seorang juruterbang Qatar Airways, sedang menguruskan penerbangan pulang lebih awal ke Singapura.

Mereka dijadual terbang pulang pada 25 Jun.

“Sebenarnya, kami memendekkan lawatan ini. Sepatutnya dua minggu, tetapi kami putuskan untuk balik secepat mungkin,” katanya.

Walaupun masih bimbang, beliau berkata mereka kini lebih tenang.

Pada 23 Jun, Iran menyerang Pangkalan Udara Al Udeid sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika ke atas kemudahan nuklearnya pada 21 Jun. Tiada kecederaan dilaporkan.

Pada hari yang sama, Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan gencatan senjata antara Iran dengan Israel, selepas kededuanya saling terlibat dalam serangan udara sejak 13 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg