Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembatalan penerbangan SIA ke Dubai berterusan hingga 25 Jun

Jun 23, 2025 | 7:51 PM
SIA, Dubai, Singapura, SQ495, SQ494
Laman web SIA menunjukkan penerbangan SQ494 dari Singapura ke Dubai dan penerbangan SQ495 dari Dubai ke Singapura akan dibatalkan sehingga 25 Jun. - Foto ZAOBAO

Singapore Airlines (SIA) telah melanjutkan pembatalan penerbangan antara Singapura dengan Dubai hingga 25 Jun.

Pada 1.15 petang, 23 Jun, laman web SIA menunjukkan penerbangan SQ494 dari Singapura ke Dubai dan penerbangan SQ495 dari Dubai ke Singapura akan dibatalkan hingga 25 Jun.

Sebelumnya, SIA hanya membatalkan perkhidmatan pada 22 Jun selepas serangan Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklear Iran, lapor The Straits Times (ST).

SIA menambah bahawa kerana keadaan geopolitik di Timur Tengah yang masih tidak menentu, penerbangan lain antara Singapura dengan Dubai mungkin terjejas.

Penumpang dinasihatkan agar melayari halaman status penerbangan syarikat penerbangan tersebut untuk maklumat terkini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg